HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2013

Di Kg. Baru, PAS diserang sebagai sekutu DAP, bakal ‘memusnahkan hak Melayu’

Oleh Boo Su-Lyn

 Calon PAS Ahmad Zamri berkempen di Kampung Hujung Pasir, Kg Baru. — Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR– PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan di perkampungan bersejarah di tengah-tengah bandar, Kampung Baru dalam Pilihan Raya 2013 apabila sekutunya DAP dituduh cuba memusnahkan hak masyarakat tersebut.

Risalah yang menyerang PAS kerana bersama DAP telah dijumpai pagi ini di perkampungan tersebut, enam hari sebelum hari mengundi pada Ahad ini. — Gambar oleh Choo Choo MayCalon PAS bagi kerusi Parlimen Titiwangsa Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata risalah yang menyerang PAS kerana bersama DAP telah dijumpai pagi ini di perkampungan tersebut, enam hari sebelum hari mengundi pada Ahad ini.

“Umno bermain taktik kotor,” kata Ahmad Zamri kepada The Malaysian Insider di pusat khidmat Kampung Baru di sini hari ini.

Salah satu risalah itu menuduh DAP menghina kesultanan Perak dan memaparkan gambar pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dengan slogan “Hapuskan

Hak Melayu”, disamping gambar logo roket DAP memecah masuk ke dalam bulan yang merupakan simbol PAS dengan darah mengalir berserta kata: “Inilah DAP sobat sejati PAS”.

Risalah-risalah telah dijumpai di Kampung Baru, menyerang PAS kerana bersekutu dengan DAP dan dituduh berpakat untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Satu lagi risalah ditemui dengan gambar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim, dan negeri dibawah pemerintahan kerajaan PR, memaparkan semua kumpulan agama boleh memanggil tuhan mereka “Allah”, Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, kesultanan akan dihapuskan, agensi kerajaan seperti MARA, FELDA, FELCRA dan RISDA akan dimansuhkan, serta tiada lagi askar dan polis Melayu yang berkhidmat.

Ketika risalah memainkan isu sensitif diedarkan kepada orang Melayu seperti isu “Allah” dan hak mereka, MCA pula memainkan sentimen agama dikalangan masyarakat Cina dengan menuduh PAS akan melaksanakan hukum Hudud dibawah kerajaan PR.

Ahmad Zamri bertanding di Titiwangsa menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Johari Abdul Ghani, pada pilihan raya 2008 lalu kerusi tersebut disandang oleh arwah Dr Lo’ Lo Mohd Ghazali yang menang dengan majoriti 1,972 undi.

Masyarakat Melayu adalah majoriti daripada jumlah keseluruhan 55,388 orang pengundi dengan 68 peratus, manakala kaum Cina dan India terdiri daripada 20 peratus dengan 10 peratus masing-masing.

Ahmad Zamri yakin PAS akan menang lebih banyak sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pada tahun 2008, serta menyatakan 30 peratus pengundi Titiwangsa adalah pengundi muda yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Peguam berusia 38 tahun juga berkata kontroversi Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 akan dikaji semula jika PR memenangi kerajaan pusat.

“Jika kita menjadi kerajaan, kita perlu mengkaji semula Akta ini dan mendengar kata orang ramai,” kata Ahmad Zamri.

Pemilik tanah dan pewaris Kampung Baru bimbang kemungkinan mereka hilang tanah yang sudah berusia 111 tahun ditengah-tengah rancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan tumpuan tersebut yang dibayangi dengan oleh bangunan berkembar KLCC yang menjadi simbol negara.

“Terdapat banyak kebimbangan kerana kaedah pembangunan semula tidak pernah dibentangkan dengan betul. Tidak ada penjelasan mengenai kaedah pembangunan semula, sama ada tanah tersebut diperolehi, jika mereka perlu berpindah, dan jika ya, di mana dan berapa lama. Mereka tidak dimaklumkan,” kata Ahmad Zamri.

Tiada ulasan: