HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 April 2013

Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi lawan

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : Penyokong Pakatan Rakyat diingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak termakan dengan provokasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat melihat secara serius perkembangan beberapa insiden keganasan yang berlaku sejak kempen bermula selepas penamaan calon pada 20 April lalu.

“Justeru itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan kepada semua pendokong Pakatan agar bertenang dan bertindak matang, jangan mudah termakan provokasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pelaku terlibat.

“Kita cuba mengawal situasi di setiap ceramah agar tiada provokasi. Setakat ini semua perjalanan kempen berjalan lancar kecuali di satu dua tempat,” katanya.

tukang-kempen

“Kejadian terburuk berlaku di Senai, Johor apabila seorang petugas DAP dipukul dua lelaki dan cuba ditikam semasa hari kedua kempen,” jelas Anthony.
Tambahnya, sikap tenang penyokong Pakatan amat penting bagi mengelakkan situasi tegang.

“Tempoh enam hari terakhir ini, BN akan semakin terdesak, dan kita harap tiada ketegangan berlaku,” katanya.

Turut hadir sidang media, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tiada ulasan: