HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2013

Najib, Anwar riuhkan pekan sunyi Saratok

 


 
Pekan sunyi Saratok - kira-kira 60 kilometer dari Sarikei - tiba-tiba berubah dengan kemunculan dua pemimpin penting negara yang bermusuh secara politik, iaitu Datuk Seri Najib Razak (bawah) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEKedua-dua mereka hadir untuk merancakkan lagi pertarungan antara William Mawan Ikon di pihak BN - yang juga calon pilihan - dengan Ali Biju, calon dan ayam tambatan baru PKR Sarawak.

Ali yang tidak berapa dikenali dalam arena politik Sarawak sebelum ini mencuri tumpuan apabila tidak disangka-sangka mengejutkan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok Entrie.

Peter yang sudah lama menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, dalam pilihan raya negeri 2011 itu tewas di tangan Ali.

Kali ini, Ali akan berdepan dengan Mawan sebagai presiden SPDP sendiri dan gergasi politik Sarawak di kerusi Parlimen Saratok, yang tidak dipertahankan penyandangnya Jelaing Mersat.

NONEBagi PKR, pertaruhannya bagi memastikan Ali sebagai Bumiputera pertama Sarawak yang bakal memasuki parlimen dengan mengalahkan tokoh Dayak. Justeru, tidak aneh jika Najib dipanggil untuk memperkasakan BN negeri.

Anwar (atas) pula telah turun di Kabong pada Jumaat lalu di mana beliau bercakap tentang dakwaan rasuah di Sarawak yang menjadi batu penghalang kepada pembangunan negeri.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita mempunyai peluang untuk mengalahkan BN dan menggantikan mereka sebagai kerajaan persekutuan," ucap Anwar.

Tiada ulasan: