Keprihatinan
Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kebajikan rakyat terbukti meliputi
semua golongan kerana kelompok kecil seperti penulis karya bahasa Tamil
turut mendapat perhatiannya.
Perkara itu dinyatakan pemimpin komuniti India yang melihat hasrat Perdana Menteri mahu lebih banyak karya bahasa Tamil dibukukan, sebagai penghormatan serta memberi harapan baharu kepada penulis selain menjadi dorongan dan inspirasi kepada generasi muda.
Presiden Makkal Sakti Datuk R. S. Thanenthiran berkata hasrat Perdana Menteri itu membuktikan Najib menyedari penghasilan karya bahasa Tamil perlu dititikberatkan kerana bahan berkenaan akan menjadi rujukan kepada kaum India berhubung perkembangan dan lakaran sejarah negara.
Penerbitan karya Tamil perlu diteruskan supaya khazanah budaya masyarakat India dan kesusasteraan Tamil dipelihara untuk generasi akan datang, kata Thanenthiran kepada Bernama dalam temu bual di Kuala Lumpur.
Menurutnya, Najib satu-satunya perdana menteri Malaysia yang melancarkan buku Tamil penulis tempatan pada satu majlis bersejarah dalam dunia penulisan Tamil, anjuran parti itu di Universiti Malaya pada November lepas.
"Kesungguhan Najib menghargai peranan yang dimainkan penulis Tamil memberi ruang yang secukupnya kepada para penulis untuk berkarya, serta membantu golongan penulis terutama generasi muda untuk mengembangkan bakat mereka," katanya.
Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut meminta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) membantu penerbitan lebih banyak karya Tamil supaya khazanah budaya dan kesusasteraan Tamil dipelihara untuk generasi akan datang.
Menurut Najib, dalam menghadapi fenomena 'localisation' dengan setiap etnik mahu mengekalkan jati diri dan identiti masing-masing, masyarakat India tidak terkecuali dalam usaha untuk memelihara warisan dan budaya mereka.
Thanenthiran berkata beliau amat yakin Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional akan terus memberi sokongan kepada penulis Tamil di negara ini bagi menghasilkan lebih banyak karya yang pastinya menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan ilmu di negara ini.
Katanya satu lagi majlis akan diadakan untuk menghargai 25 penulis Tamil di Malaysia sebaik sahaja pilihan raya umum ke-13 berakhir.
Presiden Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia P.Rajendran pula berkata penulis Tamil di negara ini mendapat pengiktirafan buat pertama kali apabila Perdana Menteri mengumumkan sumbangan RM450,000 kepada mereka untuk menghasilkan karya-karya bermutu.
"Golongan penulis Tamil perlu terus dibela supaya mereka dapat menyumbang secara lebih bermakna terhadap usaha membina sebuah masyarakat yang maju, berilmu dan bersatu padu," katanya.
Sambil memuji keprihatinan Najib, Rajendran berkata sebanyak 87 anggota Persatuan Penulis-penulis Tamil telah menghadiri Persidangan Tamil Sedunia di Coimbatore, Tamil Nadu pada Jun 2010.
"Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib telah mengiktiraf Persatuan Penulis Tamil dengan memberi cuti (kepada ahli persatuan yang bekerja di sektor awam yang menghadiri persidangan itu) serta elaun khas kepada setiap ahli yang menghadiri persidangan itu," katanya.
Dianggarkan terdapat lebih 1,000 penulis Tamil sepenuh masa di Malaysia, manakala ribuan lagi menghasilkan pelbagai karya dari semasa ke semasa seperti cerpen, novel, puisi, sajak, pantun, penulisan drama dan skrip dan lain-lain lagi.
Bidang penulisan karya kreatif bahasa Tamil di Malaysia bermula dengan novel Karunakaran Allathu Katalin Matchi (Karunakaran atau Kesucian Cinta) pada 1917, manakala antologi cerpen pertama muncul pada 1930.
Maklumat berhubung perkembangan cerpen Tamil di Malaysia terkandung dalam buku ‘Cerpen Tamil dan Melayu (1957-1970): Perbandingan Tema dan Struktur' (DBP: 1993) tulisan Prof. Madya Dr Krishanan Maniam.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan