HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 April 2013

Keputusan PRU 13 Parlimen Arau : Haron Din VS Shahidan Kassim. Kawasan Panas Arau Milik Siapa?

Staff Berita Semasa
 
keputusan pru13 arau

Keputusan PRU13 Arau : Satu lagi kawasan panas di sebelah utara yang menjadi tumpuan ramai pemerhati politik, setakat ini masih lagi menjadi kubu bagi Barisan Nasional (BN) setelah memenangi kerusi tersebut sejak Pilihanraya tahun 2004 lagi.

Keputusan PRU12 2008 VS Keputusan PRU13 2013 (P 003 Arau)

Dan bagi PRU13 kali ini, Pas masih meletakkan calon yang sama iaitu Haron Din di mana Shahidan Kassim dipertaruhkan BN untuk terus mengekalkan kesinambungan kerusi Parlimen Arau menjadi milik BN.
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap keputusan Pilihanraya PRU12 (Pilihanraya Umum yang ke 12) tahun 2008 lalu, kemenangan yang cukup tipis majoritinya iaitu hanya berlegar 300 undi sahaja di mana Ismail Kassim yang mewakili BN menewaskan watak besar Parti Pas, Dr, Haron Din, memberikan isyarat yang cukup jelas di mana kami merasakan akan berlakunya persaingan sengit untuk keputusan PRU13 parlimen Arau ini.

keputusan pru13 arau

Jangkaan Keputusan PRU13 Arau: Dr Haron Din Atau Shahidan Kassim?

Kalau dulu Dr Haron Din tewas dalam perlawanan menentang adiknya, kali ini BN mempertaruhkan abangnya pula dalam kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim.

Shahidan Kassim, merupakan nama besar dan orang lama dalam politik negara dan politik di negeri perlis amnya yang boleh dikatakan orang-orang kanan di zaman Tun dr Mahathir. Itu dahulu…dahulu. Malah beliau pernah menjadi Menteri Besar Perlis selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008. Jadi, daripada sudut tersebut, pengalaman beliau dalam aspek pentadbiran negeri, tidak perlu dipertikaikan. Tetapi….

  • Kontroversi siapa yang patut menjadi Menteri Besar Perlis muncul selepas keputusan PRU12, dimana jawatan tersebut menjadi “medan” pertelingkahan di antara Shahidan Kassim dan Mad Isa Sabu.
  • Di sebelah Shahidan Kassim pula mendakwa bahawa beliau menerima watikah sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri, sedangkan Raja Perlis pula mahukan Mad Isa Sabu menjawat jawatan itu.
  • Bagaimanapun, mengikut Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja Perlis boleh memilih sendiri sesiapa yang Tuanku perkenan atau mengikut kata putus kesemua wakil rakyat. Dato’ Seri Md Isa Sabu telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan diperkenan Tuanku sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.
Dr Haron Din pula merupakan satu tokoh agama yang sangat besar di negara kita. Siapa yang tidak kenal dengan nama Haron Din. Sebut sahaja nama beliau, pasti mengenali. Kalau tidak pun, rakyat Malaysia mengenali beliau sebagai tokoh agama yang dihormati.

Ketegasan beliau dalam aspek agama, terutama dalam aspek pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, menyentuh hati ramai pihak dan membuatkan beliau sangat dikagumi oleh kebanyakan rakyat di negara kita.

Dalam isu kalimah Allah yang pernah menjadi kontroversi tidak lama dulu, Dr Haron Din dengan tegas mempertahankan pendiriannya, bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, berbanding Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tn. Guru Hj. Hadi yang masing-masing bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah tersebut.

Kalau PRU12 dulu pertembungan sengit berlaku di Parlimen Arau, kami jangkakan perkara yang sama pada PRU13 ini. Terutama apabila nama-nama besar seperti Haron Din dan Shahidan Kassim menjadi calon-calonnya.

Keputusan siapa yang bakal memenangi kawasan Parlimen Arau, pasti akan menjadi perhatian. 

Adakah Shahidan Kassim masih lagi mampu menyinar kembali dalam arena politik atau karisma dan imej sebagai tokoh agama Dr Haron Din bakal memberikan kemenangan kepadanya menjelang keputusan PRU13 parlimen Arau kali ini?

Tiada ulasan: