HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 April 2013

Dun baru untuk bela nasib orang Asal - Wan Rahim

Muhammad Faizal,

GUA MUSANG: Calon Parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah akan mencadangkan agar satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru khusus bagi kawasan Orang Asal diwujudkan di parlimen ini.

Katanya, bila wujudnya Dun khusus bagi kawasan Orang Asal, maka akan ada calon dari golongan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti dan dengan itu kebajikan Orang Asal akan lebih terbela.

"Perpecahan kepada kawasan dun baru akan saya bincang dengan kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum tibanya PRU14.

"Saya akan pastikan pada PRU14 akan ada calon dari kalangan Orang Asal apabila kita wujudkan satu lagi dun baru bagi mewakili kawasan-kawasan perkampungan Orang Asal.

Beliau berkata demikian ketika melawat perkampungan Orang Asal di Kampung Enching dan Kampung Galang hari ini.

Dalam masa yang sama, Wan Abdul Rahim juga turut mencadangkan satu gabungan majlis perunding yang menjadi suara kepada Orang Asal kepada kerajaan negeri demi menjaga kepentingan serta kebajikan mereka diwujudkan.

Sementara itu, perjalanan ke kawasan orang Asal di sini memakan masa hampir empat jam melalui jalan lori balak.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati, walaupun terdapat tenaga solar yang disediakan setiap rumah bagi membekal tenaga elaktrik namun ia hanya mampu bertahan sekitar dua jam sahaja.

Malah merurut seorang penduduk, Pandah Panjang Ey, walaupun kerajaan pusat memberi Astro Njoy serta Tv percuma ia tidak boleh diguna langsung kerana tenaga solar yang diberikan tidak dapat digunakan sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini.

Jelasnya lagi, sepanjang 44 tahun BN menguasai parlimen itu, wakil rakyat sebelum ini juga belum pernah menjejak kaki di Pos Kampung Enching dan juga Pos Kampung Galang.

Beliau yang mengucapkan terima kasih kerana calon PAS merupakan pemimpin pertama datang ke kampungnya untuk bertemu pengundi serta mendengar permasalahan mereka.

Tiada ulasan: