SEREMBAN - Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lenggeng, di sini Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar, semalam.
Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan