Oleh Ida Lim
SKUDAI— Iklan menunjukkan pencapaian pentadbiran Barisan Nasional
(BN) melalui Iskandar Malaysia bercambah dalam masa satu malam oleh
kerana Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak akan tiba hari
ini untuk memperhebatkan kempen gabungan tersebut di negeri itu.BN telah diserang di kubu kuat di selatan dengan ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) dan akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Sekumpulan pekerja yang memasang papan iklan masih bekerja keras di Skudai selepas tengah malam membina struktur kayu untuk iklan gambar menteri besar Johor selama empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman di iklan - dihantar BN untuk mempertahankan kerusi Gelang Patah itu.
“Dari siang sampai malam,” kata Shutiyorno, pekerja papan iklan berumur 28 tahun kepada The Malaysian Insider mengatakan pasukannya pada hari sama turut memasang papan iklan di dua kawasan lain – Gelang Patah dan wilayah Iskandar.
Tiga papan iklan kayu dipasang dari kawasan Skudai, beberapa minit pemanduan dari kawasan terbuka berhampiran dengan Sutera Mall – kawasan dimana ceramah besar Pakatan Rakyat (PR) diadakan selepas hari penamaan calon yang menyaksikan kehadiran ribuan orang dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM90,000.
Papan iklan bertajuk “Feadah untuk Rakyat” dan “Pembangunan Seimbang – Pekerjaan untuk Semua”.
Papan iklan dengan bangganya menyatakan senarai pencapaian termasuk 554,000 peluang pekerjaan yang dicipta semenjak 2006, 54,184 peluang pekerjaan baru, enam bulan pertama pada 2012 dengan kenyataan 154,000 pekerjaan dari dari industri pembuatan dan pengiklanan.
Wajah Abdul Ghani dalam dengan kot dan tali leher menguasai sudut kanan papan iklan yang juga tertulis 7,000 penduduk tempatan telah dilatih untuk projek-projek pemangkin dan dianggarkan 286,000 pekerjaan baru akan diwujudkan menjelang 2025.
“Pelaburan kerajaan sebanyak RM8.3 bilion berjaya menarik pelaburan dari sektor swasta berjumlah RM103 bilion,” papan iklan itu mengingatkan pengguna jalan raya, merujuk kepada Iskandar Malaysia yang mula bermula di zaman pemerintahan Abdul Ghani sebagai menteri besar.
Wilayah Iskandar yang berjaya menarik pelaburan melebihi RM100 bilion semenjak ianya bermula pada 2006, dikatakan sebagai salah satu kejayaan negara.
Koridor ekonomi selatan itu dilihat sebagai kunci kepada ekonomi Johor akan tetapi disalahkan juga kerana meningkatkan kos kehidupan negeri yang terletak di utara Singapura itu.
Dikala pertempuran antara BN dan Johor berada di kemuncak, pengerusi BN Najib dijangkakan akan bertemu dengan masyarakat tempatan Pontian pagi ini sebelum ke Johor Bahru tengah hari ini, menghabiskan jelajahnya malam ini dengan sesi di Kolej Universiti Selatan, Skudai.
Bekas pengerusi BN Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri paling lama berkhidmat itu dijangka akan tiba di sini esok untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pemerintah dan merancakkan kempen mereka.
PR mensasarkan untuk membuka jalan di Johor – dimana mereka menang satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2008 – dalam usaha untuk merampas Putrajaya daripada gabungan BN.
Negeri Selatan yang merupakan kubu kuat BN dan tempat kelahiran Umno, mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. BN menang 25 kerusi Parlimen dan 50 kerusi DUN pada 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan