KEADILAN DAILY
LEMBAH
PANTAI L: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini
baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi,
tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Peluncuran
warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau
Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk
Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim,
berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya,
kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari
ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik
dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia
selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan
ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Beliau
adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling
layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang
cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada
semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa
yang lalu.”
Sebelum
pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya
dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan
menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan