Oleh AZAMIN AMIN
SEMAKIN
dekat, semakin celaru. Itu tanggapan ramai terhadap Barisan Nasional
(BN) yang tidak tentu arah menanti saat PRU13. Gerak kerja, tutur kata
dan lakonan pemimpinnya semakin caca marba
Mutakhir
di Kedah, sudah hampir sebulan sebilangan penduduk khususnya penjawat
awam mendapat panggilan misteri. Suara lunak wanita hanya memperkenalkan
diri sebagai pembuat kajian, kakitangan kerajaan dan adakalanya sebagai
pelajar institusi pengajian tinggi.
Hampir
majoriti panggilan mengemukakan soalan yang sama kepada terlibat iaitu
antara perkataan mana yang paling diingati: 'Najib, 1Malaysia atau
Barisan Nasional'. Di akhir perbualan, pemanggil misteri ini akan
menanyakan sama ada BN mempunyai harapan untuk menang dalam PRU13 di
kawasan masing-masing.
Kebanyakan
penjawat awam yang mengadu, menganggap panggilan ini seolah-olah berbau
ancaman dan ugutan secara tidak langsung memandangkan pemanggil ini
telah pun mempunyai data peribadi dan alamat mereka sekali gus
menceroboh hak peribadi penjawat awam tersebut.
Kes ini, bukan sahaja berlaku di Kedah tetapi difahamkan juga di Perak dan Pulau Pinang.
Di
Kuala Kedah, BN telah memulakan ceramah kelompok hampir setiap minggu.
Aneka penceramah ditonjolkan dan menariknya kini sebahagian besarnya
kelihatan 'selesa' memakai ketayap putih, berbanding songkok hitam
tinggi yang sudah hilang entah ke mana.Seperti dijangka, ceramah mereka
tanpa fakta tetapi sekadar menyerang peribadi semata-mata dan lebih
tertumpu kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Lebih
istimewa ceramah mereka dihadiri oleh 'geng 36'. Bukan kongsi gelap
tetapi gelaran diberi penduduk sekitar memandangkan hanya 36 orang
sahaja yang taat 'setia' mendengar ceramah mereka, berbanding ceramah
anjuran Pakatan Rakyat Kedah yang berasak hadirin menyertainya.
Risalah
'reverse psychology' parti lawan juga bertaburan di merata-rata dengan
menggunakan lambang rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ini termasuklah isu
kalimah 'Allah' yang dicetuskan di samping konvoi bermotosikal sekitar
Alor Setar dan Jitra.
Ironinya,
baju wanita mereka tertera 'kalimah Allah' tetapi rambut merah
mengerbang dengan susuk tubuh seksi memenuhi jalan raya sehingga menjadi
cemuhan pengguna kenderaan yang terpaksa bersesak memberi laluan kepada
mereka.
Beberapa
remaja lelaki ditemui menyatakan bahawa kesanggupan mereka memakai
baju itu dan mana-mana baju yang diberikan oleh BN ialah kerana upahnya
mencecah RM20 ke RM50.00 dan disertakan dengan minyak motosikal.
"Kami
hanya pakai baju ni di rumah. Tak gamak di luar. Kami sarung ja, yang
penting dapat duit. Apa yang depa cakap pun kami tak dengar dan
banyaknya kami tak faham," kata salah seorang daripada mereka yang
berambut panjang.
Media
arus perdana yang kosong isu berterusan menyerang secara membuta tuli
Pakatan Rakyat. Namun seperti kata Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz
Azizan Razak bahawa berita media sekarang oidak memberi kesan kepada
Pakatan Rakyat kerana rakyat khususnya pembaca sudah cerdik dan
mengetahui maklumat daripada pelbagai sumber.
"Takpa
dah...orang sudah tahu surat khabar bohong. Orang dah ramai tak
percaya," katanya ketika satu sesi wawancara dengan beliau oleh pengamal
media tempatan di pejabatnya.
Selain
itu, di beberapa tempat pembuangan sampah, kad merah Tahun Baru Cina
kelihatan bersepah. Kad itu tertera ucapan selamat yang datangnya
daripada Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah, Dato' Abdul Talib yang
khabarnya mahu menjadi calon menentang PAS di Dun Kubang Rotan. Tidak
diketahui sama ada disabatoj parti sendiri atau ada yang meluat menerima
kad itu sehingga, senyuman gambarnya tidak memberi sebarang makna.
Bendera
BN paling banyak dan menonjol sekali di sekitar Alor Setar, Jitra,
Kuala Kedah dan tempat-tempat lain. Tetapi semuanya rapat-rapat dan
sekata. Tidak boleh menandingi dari segi ketinggian bendera PAS di pacak
di puncak dan kadang-kala di pasang di tempat yang tersangat tinggi
sehingga menghairankan ramai akan kemampuan pihak memasangnya.
Teori
kebanyakan orang di sini ialah bendera PAS di pasang oleh anak-anak
muda yang berani dan bertenaga manakala bendera BN di pasang oleh
golongan tua, sebab itulah rapat-rapat dan 'rendang' sahaja, malah
paling banyak hanya berlegar di balai raya mereka sahaja.
Lebih mengejutkan, jawapan seorang pemerhati yang ditujukan kepada BN:" Biar menang bendera, walaupun kalah pilihan raya!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan