Shah Alam dan Pasir Mas adalah
dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan diantara Perkasa dan PAS. Perkasa
di wakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam.
Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling ‘controversial’ dan
ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini.
Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan
juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu ‘famous’ dengan sifat lancang
mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik
mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan diatas kelemahan UMNO untuk
menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi
yang anihnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi
mewakili UMNO melalui Perkasa.
Pengerusi Perhubungan Kelantan
Mustapha Mohamad sendiri keliru dan tidak tahu partinya sendiri main
'kong-kalikong' dengan Perkasa. Hasil permainan 'kong-kalikong' itu semasa penamaan
calon Sabtu lepas, UMNO sudah kehilangan satu kerusi kerana calonnya tidak
menyerahkan kertas pencalonan beliau, walaupun telah diberikan watikah. Patut
pun Ibrahim dimana-mana berkata sebulan yang lepas berkata, “tepek jaghi, ambo
calun BN”
Sesungguhnya Ibrahim bukanlah
calon BN yang ‘legitimate’ dan kekalahan beliau adalah didalam tangan. Tetapi
bagi Ibrahim bertanding itu sudah menjadi hobi beliau dan bertanding itu bukan
perkara yang serius bagi beliau. Bagi Ibrahim, ‘oghe betanding ambo betanding,
mene kaloh belake kigho’. Itu sebabnya bagi beliau mendapatkan sokongan dalam
keadaan serius rakyat hendakkan perubahan, Ibrahim dijangka akan diabaikan oleh
pengundi Pasir Mas.
Saya tidak tahu keadaan
sebenarnya, hanya saya mendasarkan komen saya sebagai seorang yang saya sudah
kenali secara rapat sejak 42 tahun dahulu. Hanya saya tidak lagi bertemu dengan
beliau sejak saya menyertai DAP sampailah sekarang. Ibrahim ini jika kalah pun
tidak mengapa kerana beliau bukan orang yang serius untuk menjadi agen kepada
perubahan.
Beliau hanya hendak ke Parlimen
untuk bercakap selalu kerana Ibrahim kalau tidak bercakap akan lemah
jantungnya. Bercakap dan berucap itu merupakan ‘supplement’ penting untuk
tubuhnya untuk menyihatkan tubuhnya. Dalam hal yang serius Ibrahim tidak payah
dibawa berunding. Tidak aka nada perundingan yang selesai jika Ibrahim di bawa
bersama. Setakat ini perundingan untuk membuatkan Che Johan Mustapha tdak
datang ke pusat penamaan calon Sabtu lepas itu sahaja yang berjaya dilakukan
oleh Ibrahim.
Ibrahim akan menghadapi masalah
kerana lawannya di Pasir Mas kali ini juga dijangka mengalahkan beliau.
Kalaulah beliau tidak ada di Parlimen di manakah beliau akan berucap kerana
berucap itu sangat penting bagi beliau. Kalau tidak berucap maka kesihatannya
akan tergendala.
Jika Ibrahim Ali tewas di Pasir
Mas maka saya merasakan beliau akan bertemu dengan Zulkifli Nordin setiap hari
kerana Zulkifli pun dijangka akan menerima kekalahan yang akan teruk di Shah
Alam. Jika Zulkifli menang, ia bermakna pengundi Shah Alam itu pula yang teruk.
Tak mungkin pengundi Shah Alam
tidak tahu memilih diantara buah epal dengan buah bacang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan