MSO
Yang jelasnya saya tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam
pilihan raya kali ini. Saya bukan calon bebas di kerusi P 125 Putrajaya.
Tetapi khbarnya gambar saya turut disebar dan dimasukkan dalam peti
surat menjadi bahan kempen di situ. Beberapa rakan dan penggemar blog
saya juga menghubungi dan bertanya khabar mengenai itu. Apa sudah jadi
tuan... tanya mereka.
Gambar saya tersebar menerusi sebuah buku kecil yang di muka hadapannya
turut tertera gambar saya. Buku itu menghentam calon PAS di Putrajaya
Husam Musa. Buku itu sudah lama tersebr di Kelantan dibahagi-bahagikan
sebagai buah tangan dalam setiap majlis anjuran kerajaan UBN.
Khabarnya juga calon BN, Teuku Adnan Teuku Mansor ada menyebut nama saya
dan kononnya bercerita sesuatu mengenai Husam kepadanya. Aduhai politik
bangsaku.
Saya ingin jelaskan di sini, mengenai tuduhan dan dakwaan kononnya
dibuat oleh saya terhadap Husam baik oleh Teuku Adnan dan juga apa yang
ditulis dan 'dikarai' didalam buku kecil itu. Buku kecil itu tidak ada
nama pengarangnya. Ertinya ia buku hantu. Hantu tidak boleh dipercayai.
Saya mahu berdepan dengan manusia yang normal dan nyata saja. Saya jelek
dengan manusia halimunan atau tidak bertanggungjawab.
Kalau boleh penulis atau penyusun buku berkenaan timbul dan tampilkkan
wajah anda. Baru sedap hendak soal bicara atau berdebat. Jangan main
tusuk muka itu perangai bonbon.
Sebahagian bahan di dalam buku itu diambil dari blog
saya. Tidak menjadi masalah tetapi ada sedutan ataupun petikan yang
dibuat tidak benar dan ia adalah fitnah pula kepada saya dan lebih-lebih
lagi kepda Husam.
Misalnya mengenai quotation di muka 7, kononnya saya menyebut
Husam ada menyimpan perempuan Cina di sebuah kondominum dan kahwin
secara senyap adalah bohong dan fitnah. Buktikan kalau saya ada berbuat
demikian? Tidak baik kalau kita hendak mengetuk orang dengan meminjam
tangan orang lain. Guna tangan sendirilah...
Itu semua adalah rekaan untuk memburuk-burukkan Husam. Memang saya tidak
setuju dalam beberapa perkara dengan Husam, tetapi saya tidak
mengheretnya ke dalam fitnah. Saya amat kesal atas penulisan ini yang
dibuat secara tidak bertanggungjawab. Bukan tuduhan dan dakwaan itu
saja, dakwaan-dakwaan lain yang agak melampau dan berniat buruk ke atas
Husam adalah dikesali.
Di zaman edan saya dulu, syaa berdepan dengan Husam secara direct. Saya
tidak main sembunyi tangan dan selindung kepala. Sebab itu Husam saman
saya dan saya menghadapi saman Husam. Kami gentlemen.
Saya mengakui saya menulis blog dan mengisahkan perihal Husam, tetapi
apa yang saya tulis dan perkatakan adalah apa yang saya ketahui bukan
spekulasi. Jadi adalah tidak adil, menyalahi etika penulisan kalau nama
saya diheret untuk memburuk-burukkan Husam.Itu namanya melanun.
Saya berharap kepada semua pihak agar tidak eksploitkan nama saya, atau
gambar saya untuk kempen di Putrajaya. Kemenangan di Putrajaya akan
diperolehi dek mereka yang ikhlas dan jujur. Kemenangan yang sebenar
ialah yang dijalankan secara teratur, tertib dan menempati lunas-lunas
Islam.
Saya rasaya komuniti Putrajaya tidak mudah tertipu dengan dakyah ataupun
dakwaan-dakwaan yang mentah oleh mana-mana pihak kerana kebanyakan
mereka berpendidikan, celik IT serta mempunyai deria rasa yang tinggi
untuk menentukan siapakah pemimpin mereka di situ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan