S
Kalau tadi kita dah lihat manifesto Barisan Nasional (DI SINI)
bagaimana cara mereka mengurangkan kos hidup rakyat, Berita Semasa
ingin berkongsi pula janji-janji dalam Manifesto Pakatan Rakyat bagi
mengurangkan kos sara hidup rakyat. Antaranya…..
Antara Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional Manifesto PRU 13
- Memberi caruman RM 50 sebulan kepada isteri layak dalam skim Caruman Wanita Malaysia
- Memberi RM 1000 secara tahunan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Skim Bonus Warga Emas
- Memberikan RM 300 untuk setiap murid bagi sekolah janaan rakyat secara tahunan yang melibatkan kos RM 220 juta.
- Gaji minimum RM 1100
- Dividen perajurit tidak berpencen RM 2000 secara tahunan dengan anggaran RM 400 juta
- Menurunkan harga minyak kepada RM 1.50 berbanding RM 1.90 sekarang
- Menurunkan caj eletrik dengan anggaran subsidi RM 25 bilion.
- Menghapuskan tol dengan anggaran kos RM 5 bilion secara berperingkat
- Mengahpuskan cukai eksais kenderaan dalam tempoh 5 tahun
- Pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN
- Memberi caruman RM 50 sebulan kepada isteri yang layak dalam Skim Caruman Wanita Malaysia.
Caruman RM50 Sebulan (SKIM CARUMAN WANITA MALAYSIA)
Penduduk wanita mewakili hampir 50%
penduduk Malaysia iaitu seramai 13,77 juta orang setakat ini.Kerajaan
pakatan menjanjikan pemberian sebanyak RM 50 sebulan kepada setiap
wanita yang layak, dimana bantuan tersebut akan diuruskan oleh
Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) bagi menjamin kebajikan wanita di
Malaysia.
- Tidak ada syarat-syarat layak menerima buat masa ini diumumkan oleh Pakatan Rakyat, namun kalau diambil pengiraaan mudah, contohnya 50% daripada jumlah wanita di Malaysia layak menerima bantuan, ianya melibatkan kos sebanyak RM 350 juta sebulan atau RM 4.2 bilion setahun.
RM 1000 tahunan kepada warga emas (60 tahun ke atas)
- Bilangan warga emas di Malaysia mewakili 2% jumlah penduduk di malaysia iaitu sebanyak 2 juta orang.
- Dan dalam Skim Bonus Warga Emas ini, perutukkan yang bakal dikeluarkan adalah RM 2 bilion setahun.
RM 300 Setiap Murid Bagi Sekolah Janaan Rakyat Secara Tahunan
- Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan sumbangan RM 300 bagi setiap murid di 1,854 buah sekolah janaan rakyat di seluruh malaysia yang dijangka akan melibatkan peruntukan hampir RM 220 juta setahun.
Harga Minyak Turun RM 1.50 Berbanding RM 1.90
Harga minyak yang tinggi dan kadar
inflasi yang meningkat, mengakibatkan harga barang turut
meningkat.Pakatan Rakyat berjanji untuk menurunkan harga minyak
serta-merta pada hari Pertama di Putrajaya kepada RM 1.50 dari RM 1.90
seliter pada waktu sekarang.
- Menurut agensi Tenaga Antarabangsa, rakyat Malaysia menggunakan 10.3 bilion liter petrol dan 6.3 bilion liter diesel dengan jumlah penggunaan adalah 16.6 bilion liter setahun.
- Untuk menurunkan 10 sen harga minyak, pakatan memerlukan kos tambahan yang dinamakan subsidi sebanyak RM 1.7 bilion setahun, dimana pada kadar pengurangan sebanyak RM 0.40 pada harga sekarang, akan melibatkan perbelanjaan subsidi sebanyak RM 6.8 bilion setahun.
Soalnya,
dimanakah sumber kewangan bagi menampung tambahan perbelanjaan subsidi
minyak ini?
Mengikut laporan tahunan Petronas, kerajaan membayar subsidi
gas kepada Independent Power Producer (IPP) sebanyak RM 8 bilion
setahun.
Pakatan rakyat menggunakan jumlah wang
subsidi kepada penjana bebas sebanyak RM 8 bilion setahun, dan
mengembalikannya kepada rakyat dalam untuk menampung perbelanjaan
tambahan subsidi minyak berjumlah RM 6.8 bilion setahun untuk
mengurangkan harga minyak.
Menurunkan Caj Eletrik (Anggaran Subsidi RM 25 bilion)
- Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
- Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedangkan caj elektrik kian naik.
- Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.
Menghapuskan Tol Dengan Anggaran Kos RM 4 bilion Berperingkat
- Tol meningkatkan kos pengangkutan dimana ia secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga barang. Apabila tol naik, maka kos pengangkutan turut naik, menyumbang kepada peningkatan harga barangan.
- Dianggarkan rakyat membelanjakan hampir RM 5 bilion setahun untuk membayar tol kepada pemegang konsesi. Dengan cadangan menghapuskan tol, ini bermakna menambhkan pendapatan rakyat yang kerap menggunakan setiap bulan.
- Cadangan kos pengambilalihan konsesi lebuhraya bertol secara beringkat di mana tumpuan pakatan rakyat adalah untuk mengambil alih konsesi tol yang sudahpun membuat keuntungan dan ianya dibayar secara berperingkat (Ansuran) dan bukannya sekaligus.
- Untuk mengambil alih PLUS, yang dimiliki oleh Khazanah dan KWSP, anggaran tahunan bersih untuk mengambil alih lebuhraya PLUS adalah RM 4 bilion.
Menghapuskan Cukai Eksais Kenderaan Dalam Tempoh 5 tahun
- Sekarang ini, kereta merupakan satu keperluan asas yang perlu dimiliki, oleh kerana kemudahan pengangkutan awam yang masih tidak terurus.Hampir 71% isi rumah di Malaysia memiliki kereta, menujukkan bahawa ianya memang satu keperluan.
- Namun ramai yang tidak menyedari, bahawa kita sebenarnya membayar terlalu banyak untuk sebuah kereta atas cukai-cukai yang dikenakan. Oleh itu, Pakatan Rakyat bercadang untuk menghapuskan cukai eksais dengan berperingkat.
- Kerugian yang akan dtanggung oleh kerajaan atas dasar penghapusan cukai eksais adalah sekitar RM 1.5 bilion setahun, dimana kerugian ini akan diimbang semula melalui penjualan AP secara lelong, yang dianggarkan dapat memberi pulangan sebanyak RM 2 bilion setahun.
Pendidikan Percuma (Menghapuskan PTPTN)
Pendidikan merupakan hak rakyat dan
pelaburan negara.Tanggungjawab sebuah kerajaan adalah memberi dan
menyediakan pusat pendidikan kepada rakyat. Pada masa kini, terdapat
lebih banyak IPTS berbanding IPTA di Malaysia, oleh kerana dasar
penswastaan pendidikan.Atau boleh kami rumuskan, pendidikan kini adalah
perniagaan di Malaysia.
Impak dari “perniagaan pendidikan” ini, adalah :
- Golongan muda terus terbeban dengan hutang hasil dari pinjaman PTPTN
- Kemungkinan berlakunya satu polemik di mana hanya yang kaya dan berpendapatan tinggi sahaja mampu meneruskan pelajaran di pusat pengajian tingi.
Kedua-dua perkara di atas ini akan
membawa kepada kemungkinan bahawa, untuk memasuki institusi pengajian
tinggi, ianya bukan lagi berlandaskan prestasi akademik tetapi lebih
bersandarkan kepada kewangan.
Cadangan Pakatan Rakyat untuk
menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma perlu kita nilai
dengan kos yang terlibat. Berapakah kosnya bagi menampung yuran pelajar
IPTA dan pemberian elaun sara hidup RM5000 setahun?
Rumusannya di sini, kalau kita lihat perbelanjaan yang akan digunakan Pakatan Rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup adalah :
- Kesemua kos yang terlibat dalam manifesto pendidikan percuma ini, kos yang terlibat ada sebanyak RM 6 bilion setahun.
Jumlah Perbelanjaan Pakatan Rakyat Mengurangkan Kos Sara Hidup Rakyat
- Pendidikan Percuma – RM 6 bilion setahun
- Penghapusan Tol – RM 4 blilion setahun
- Menurunkan harga minyak dari RM 1.90 kepada RM 1.50 – RM 6.8 Bilion setahun
- Menghapuskan cukai kenderaan -RM 1.5 bilion setahun
- Menurunkan caj elektrik – RM 25 bilion
- Caruman Wanita Malaysia – RM 4.2 bilion setahun
- Skim warga Emas RM 1000- RM 2 bilion setahun
- Pemberian RM 300 untuk setiap murid di sekolah janaan rakyat – RM 220 juta setahun
Jumlah besarnya adalah hampir RM 50
bilion setahun, yang perlu diperuntukkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu
mengurangkan kos sara hidup rakyat. Memang suatu perbelanjaan yang besar
kalau ianya diambil kira dalam aspek perbelanjaan tahunan.
Perbelanjaan
paling bear melibatkan penurunan caj elektrik yang mencecah hampir 25
bilion subsidi yang akan dipulangkan kepada rakyat. Oleh itu, Berita
Semasa tidak fikir bahawa untuk menurunkan caj eletrik kepada tarif yang
lebih rendah, memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 25 bilion. Mungkin
jumlah kesemua kos yang ditanggung adalah sekitar RM 30 bilion untuk
mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Dalam ucapan bajet 2013 yang lepas,
Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak
RM 251.6 bilion. Anggaran peruntukan sebanyak RM30 bilion bagi mengurangkan
kos sara hidup rakyat adalah angka yang munasabah, diambil kira dengan
mengorbankan beberapa aspek dalam perbelanjaan pembangunan.
Sekali lagi, kami berpendapat, bahawa
janji dalam manifesto pakatan sebenarnya boleh direalisasikan. Ianya
terpulang kepada bagaimana penerimaan dan pemahaman mereka. Caranya,
mungkin sudah diberi, tetapi pelaksanaannya belum pasti.
Itu pendapat kami, bagaimana pula dengan
pendapat anda semua terhadap manifesto pakatan rakyat berhubung dengan
mengurangkan kos sara hidup rakyat? Adakah perbelanjaan sebegini mampu
untuk meruntuhkan ekonomi dan menjurus ke arah kebankrapan? Atau ia
dapat membawa ke pada arah perubahan ekonomi dan rakyat berpendapatan
tinggi dengan lebih cepat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan