Tony Pua
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang bertanding di Petaling Jaya Utara memulakan ceramahnya dengan menjelaskan manifesto PR di sini.
Beliau turut menjelaskan isu penggunaan lambang partinya pada pilihan raya umum kali ini ekoran keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan pemilihan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
"Dua hari sebelum menghadapi hari penamaan calon, kita terima surat dari RoS, nasib baik kita baca dengan teliti dan mendapati ada sesuatu yang tak betul.
"Jadi kita telah minta RoS memberi keputusan muktamad untuk kita dan secara bertulis untuk kita boleh guna lambang DAP.
"...dalam pukul 11 malam sebelum hari penamaan calon baru kita dapat surat daripada RoS yang bagi kita guna lambang kita," katanya pada ceramah PR di Seksyen 17, di sini malam tadi.
Selain itu, penyandang kerusi Dun Batu Tiga, Dr Rodziah Ismail turut menyampaikan ceramah pertama selepas disahkan sebagai calon di kawasan tersebut.
Rodziah mengambil kesempatan menceritakan kecekapan pengurusan pentadbiran negeri Selangor di bawah pimpinan PKR selama lima tahun sejak 2008.
"Kita telah mentadbir dengan baik, sekarang kita tadbir ada lebihan bajet tidak seperti BN.
"Mereka (BN) banyak songlap duit itu yang tak setiap projek yang dijalankan memakan belanja yang besar, kita perintah kita ubah balik sistem pentadbiran," katanya.
Beliau juga menyentuh mengenai pengurusan air bersih yang diberikan oleh kerajaan PR Selangor kepada rakyat.
Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang memulakan ceramah pertamanya mengingatkan pengundi di kawasan itu supaya terus mempertahankan Selangor daripada jatuh semula ke tangan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga menyentuh beberapa isu lawannya calon BN Datuk Zulkifli Noordin yang pernah menghina kaum lain.
"Hari ini (semalam) BN telah turunkan calonnya di Shah Alam, yang pernah hina kaum lain.
"Umno letak calon ini untuk lawan calon Melayu daripada Pas, jadi jangan kita bagi negeri ini jatuh kepada Umno," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan