HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 April 2013

Semua ceramah mesti berakhir 11 malam luar bandar

SINAR HARIAN

 MIRI - Parti politik yang mengadakan ceramah sepanjang tempoh berkempen telah diarahkan untuk mematuhi tempoh had masa yang telah ditetapkan iaitu 11 malam bagi kawasan luar bandar dan 12 tengah malam di kawasan bandar.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata kesemua parti politik yang bertanding di kawasan Parlimen Miri dan Sibuti telah dimaklumkan semalam mengenai peraturan yang perlu dipatuhi pada perjumpaan diadakan di sini.

"Setakat ini setelah dua hari tempoh berkempen tiada insiden dilaporkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Jonathan berkata sebanyak lima ceramah telah berlangsung di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut dan ia berjalan dengan aman.

Katanya bagi ceramah seterusnya parti politik diminta menjaga ketenteraman awam dengan menasihati penyokong mereka agar tidak meletakkan kenderaan menghalang lalu lintas atau memakir di hadapan rumah kediaman. - Bernama

Tiada ulasan: