KHALID ABU BAKAR
Beliau berkata polis ada menerima maklumat terdapat usaha beberapa majikan di Johor yang mengugut untuk membuang pekerja yang mengundi parti tertentu semasa hari pengundian, 5 Mei ini.
Khalid bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 25 anggota polis berlainan pangkat yang bertugas menangani insiden kumpulan pengganas Sulu di Semporna Februari lalu.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.
Khalid berkata mereka yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis.
Dalam pada itu, beliau enggan mendedahkan bilangan majikan yang melakukan ugutan tersebut.
Beliau berkata proses penamaan calon yang berlangsung semalam berjalan lancar dan terkawal di seluruh negara tanpa sebarang insiden tidak diingini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan