Zainal Abidin Nor
Hari
demi hari kita semakin hampir dengan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke
13 namun sehingga hari ini kita belum tahu bilakah sebenarnya tarikh
tersebut walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah
terbubar secara otomatik sejak 28 Mac lalu.
Untuk
memikat para pengundi terutama di kalangan pengundi Melayu yang
beragama Islam, parti-parti politik atau lebih tepat lagi, PAS dan
Umno, masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam
memperjuang syiar dan memartabatkan Islam.
PAS,
namanya sahaja (Parti Islam Semalaysia) sudah meletakkan asas
perjuangannya untuk mendaulatkan Islam manakala Umno, walaupun sebuah
parti yang berteraskan kaum Melayu, juga tidak mahu ketinggalan dalam
usahanya untuk mendaulatkan Islam.
Sebab itu
kita sering mendengar komen seperti “Umno juga memperjuangkan Islam”
dan malahan banyak program untuk meninggikan syiar Islam dilaksanakan
oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional berbanding PAS.
Salah satu
isu kontroversial yang diketengahkan akhir-akhir ini ialah isu kalimah
Allah. Timbul polemik apabila pihak gereja mahu menggunakan kalimah
“Allah” dengan menggantikan perkataan “Tuhan” dalam kitab Bible.
Isu ini
diulang tayang berkali-kali dan disiarkan oleh media arus perdana dan
juga media alternatif sejak beberapa bulan yang lalu dan isu ini
dianggap sesuatu
yang sensitif dan kini bertukar menjadi isu politik, terutama di antara PAS dan Umno.
Isu kalimah Allah membuat umat Melayu-Islam di negara ini menjadi keliru dan bingong, sama ada anggota masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab dan literatur mereka.
Isu kalimah Allah membuat umat Melayu-Islam di negara ini menjadi keliru dan bingong, sama ada anggota masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab dan literatur mereka.
Persoalan
juga timbul sama ada kaliman Allah adalah hak mutlak umat Islam
manakala perkataan Tuhan boleh digunakan oleh penganut agama lain dan
non-Muslim.
Para
pemimpin Umno agak konsisten tentang pendirian mereka terhadap
penggunaan kalimah Allah kerana mereka tetap mengatakan kalimah Allah
adalah hak mutlak umat Islam sahaja dan tidak boleh digunakan oleh bukan
Islam.
Namun para
pemimpin PAS pada peringkat awal tidak konsisten dalam isu ini
sehinggalah Majlis Syura Ulama parti itu menetapkan keputusan bahawa
kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
Penduduk Mekah
Tetapi
apabila dikaji tentang perkara ini dengan meneliti beberapa ayat Al
Quran kita mendapati bahawa non-Muslim atau orang-orang musyrik Mekah
pada zaman Rasulullah SAW pernah menggunakan perkataan Allah dalam
perbualan dan dialog mereka dengan umat Islam.
Dalam ayat
3, Surah Az-Zumar, firman Allah bermaksud: “Ingatlah (hak yang wajib
dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci
bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang
mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong,
sambil berkata: “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya
mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”
“Sesungguhnya
Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak
melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang
yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan) lagi sentiasa kufur
dengan melakukan syirik. (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terbitan Jabatan
Perdana Menteri, tahun 1980.)
Dalam ayat ini, orang-orang musyrik menyebut “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”
Ini bermaksud orang-orang musyrik (penduduk Mekah) juga menyembah Allah dan patung-patung berhala itu dianggap sebagai perantara sahaja.
Dalam ayat ini, orang-orang musyrik menyebut “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”
Ini bermaksud orang-orang musyrik (penduduk Mekah) juga menyembah Allah dan patung-patung berhala itu dianggap sebagai perantara sahaja.
Tetapi
yang dilarang di sini ialah menyengutu dan menyamakan Allah dengan
sebarang bentuk pemujaan yang bersifat objek di mana berlakunya satu
perbuatan syirik yang dilarang keras dalam Islam.
Keadaan
ini diterangkan dalam akhir ayat itu: “Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa
kufur dengan melakukan syirik.”
Sedangkan
syirik atau menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain adalah
merupakan satu kezaliman yang sangat besar, kata Lokman kepada anaknya
seperti mana yang diungkapkan dalam Al Quran.
Al Quran
juga menyentuh tentang sikap orang-orang musyrik di kota Mekah yang
menyembah berhala. Apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang
menjadikan langit dan bumi nescaya mereka (orang-orang musyrik) akan
menjawab “Allah”.
Berdasarkan
hujah ini adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa non-Muslim tidak
boleh menggunakan perkataan Allah dan tidak benar untuk mengatakan
perkataan Allah adalah hak mutlak umat Islam sahaja.
Bermotif politik
Kita yakin
matlamat Umno yang berpendirian bahawa perkataan Allah hanya boleh
digunakan oleh umat Islam sahaja bermotifkan politik kerana Umno sering
mempolitikkan agama untuk mencapai tujuan mereka.
Umno cuba
menyakinkan rakyat bahawa merekalah yang sebenarnya memperjuangkan
kedaulatan Islam dan bukan PAS, walaupun sejarah membuktikan Umnolah
yang meminggir dan menghina Islam.
Umno juga
mempolitikkan agama apabila bercadang untuk meletakkan calon PRU13 di
kalangan ulama muda yang bertujuan untuk menyaingi kekuatan pimpinan
ulama dalam PAS. Umno juga mahu dilihat sebagai sebuah parti yang
memperjuangkan Islam walaupun mereka tidak yakin Islam itu sebagai satu
cara hidup (ad-deen).
Tetapi
Umno tidak serius untuk meniupkan roh Islam dalam pentadbirannya.
Buktinya ulama-ulama Umno tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan
dan pembuat keputusan tetapi sebaliknya mereka sering dipinggirkan dan
akhirnya peranan mereka hilang ditiup angin.
Sikap Umno
yang memilih dan mengambil sesuatu hukum dan menolak hukum yang lain
dalam Islam menyerlahkan sikap hipokrit mereka dan sikap ini menyerupai
sikap kaum Yahudi terhadap agama mereka.
Kedurjanaan
kaum Yahudi sejak sebelum kedatangan Islam sehingga dilaknat oleh
Allah ialah kerana perbuatan mereka yang mengubah isi kitab dan
membunuh para nabi dari kalangan mereka sendiri. Inilah dosa besar yang
dilakukan kaum Yahudi yang dikisahkan dalam Al Quran.
Jika benar
Umno mahu menjadi juara yang mendaulatkan Islam maka mereka harus
menerima Islam secara keseluruhan dan melaksanakannya dalam segenap
aspek kehidupan bermasyarakat.
Umno
hendaklah mengambil Islam dan melaksanakannya secara keseluruhannya.
Tidak boleh memilih-milih, ayat mana yang boleh dipakai dan ayat mana
yang tidak boleh dipakai serta tidak memberi alasan untuk tidak
melaksanakannya.
Firman
Allah dalam ayat 208, Surah Al Baqarah: “Wahai orang-orang yang
beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala
hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Banyak
bukti dan peristiwa yang menunjukkan Umno bukanlah pembela Islam yang
sebenarnya dan jika dihuraikan satu persatu kedurjanaan Umno dalam
meminggirkan Islam maka tulisan ini akan menjadi panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan