| Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR:
“Jika kita melihat masyarakat Kuala Besut, kita tidak percaya ia
merupakan sebuah daerah di negeri yang kaya minyak, telahan lagi Ketua
Umno Bahagian pula bekas Menteri Besar Terengganu,” kata AJK PAS Pusat,
Ustaz Idris Ahmad.Baginya, memang benarlah selagi rakyat miskin, maka mereka akan menjadi makanan Umno.
Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, walaupun kajian daripada Ilham Center menunjukkan 77 peratus pengundi kenal Che Long sebagai calon PAS dan puji peribadi beliau, namun mereka akan pilih BN kerana BN boleh menjanjikan benda dan projek.
Katanya, Umno sedar, rakyat yang mempunyai taraf hidup yang baik tidak akan bersama dengan Umno.
“Oleh itu usaha mengekang rakyat menjadi miskin adalah satu agenda yang terancang. Buktinya walaupun negara sudah 57 tahun merdeka, masih kedapatan rumah yang daif.
“Di atas keringat kemiskinan inilah Umno membina kekayaan atas nama Melayu, kebetulannya majoriti yang merempat ialah orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, agensi yang membantu orang miskin menjadi lubuk emas orang kaya dan kroni, ia tidak mengalir kepada orang yang memerlukan, contohnya wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap.
Ini, katanya bukti bagaimana tidak amanahnya pemimpin Umno untuk menguruskan rakyat yang miskin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan