Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein
Presidennya, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, dengan adanya ‘kuasa bekalan utama’ melalui pihak tertentu sahaja menyebabkan kos pengambilan amah gagal dikawal dan boleh meningkat tanpa mengira masa.
Katanya, jika mengikut pasaran terbuka tanpa dimonopoli oleh mana-mana pihak, ia dapat mewujudkan persaingan, seterusnya menjimatkan kos pengambilan pembantu rumah dari republik tersebut.
“Kos RM8,000 yang ditetapkan sekarang kepada pembantu rumah Indonesia sangat tinggi dan pastinya ia membebankan kami. Jadi alternatif itu adalah jalan terbaik untuk kami sebagai majikan mendapat pembantu rumah dengan kos lebih murah.
“Dengan harga RM8,000 ia tidak menjamin kami akan mendapat amah yang setimpal dengan kos dibayar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan