MALAYSIA KINI
National
Feedlot Corporation (NFC) bercadang untuk mengemukakan satu lagi saman
ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, kali ini berhubung dakwaan
mengenai pengambilalihan syarikat itu oleh satu firma usahasama
Malaysia-Jepun.
Dakwaan itu, yang disangkal NFC, menyatakan kerajaan mungkin kerugian sehingga RM163 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat tersebut, sekiranya syarikat yang mengambil alih NFC tidak menanggung liabiliti syarikat tersebut.
“Jumlah saman yang akan dikemukakan nanti kita serahkan kepada peguam untuk uruskan,” kata pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.
Jelasnya, artikel yang disiarkan The Malaysian Insider itu menyebut dakwaan Rafizi bahawa syarikat usahasama tersebut, Kirimitonas Agro Sdn Bhd tidak menanggung liabiliti NFC dan hanya mengambil alih NFC.
Sedangkan, syarikat usahasama itu sudahpun bersetuju mengambil alih hutang NFC dalam bentuk pinjaman mudah RM250 juta itu, kata Mohamad.
Laporan Berita Harian juga menyebut, peguam NFC telah mengemukakan surat bagi meminta penjelasan dari Rafizi, laman The Malaysian Insider dan juga satu lagi portal berita, Free Malaysia Today yang turut menyiarkan kenyataan MP tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan