Tengku Zaihan fokus isu pendidikan, infrastruktur
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (dua, kiri) meraikan kemenangan dalam PRK Kuala Besut malam tadi. - Foto Bernama 
 
BESUT - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Rabu lalu berakhir dengan keputusannya dimiliki calon BN Tengku Zaihan Che Ku Ab Rahman dengan majoriti undi 2,592 mengalahkan calon dari Pas,  Azlan@Endut Yusof.

Kemenangan Tengku Zaihan sudah semestinya memberi kesan kepada isterinya, Siti Salbiah Osman, 34.

Siti Salbiah turut menyatakan usaha yang dilakukan berbaloi apabila rakyat telah memilih suaminya.

"Saya rasa sangat gembira,  bersyukur dan apa yang kita target kita berjaya dapat.

"Untuk hari ini (kelmarin) kemenangan BN sangat bermaknalah kepada kami, usaha kami berbaloi," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai perancangannya selepas bergelar isteri wakil rakyat, beliau berkata, kehidupannya akan terus berlangsung seperti biasa dan akan kembali mengajar.

Tambahnya, beliau telah bersedia untuk menghadapi perubahan yang bakal berlaku terutaman selepas terlibat dengan aktiviti berkempen sebelum menghadapi hari pengundian.

"Saya telah bersedia. Setiap hari saya ikut suami saya berkempen saya telah pasak dalam minda, 'mesti bersedia, mesti bersedia'," katanya.