Alif Mustapha
KUALA LUMPUR - Penyebaran poster Calon PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim dengan tertera tulisan 'PRK N25 Harga Satay Saya Akan Turunkan
Sikit' yang mula tersebar di media sosial sejak lima hari lepas mendapat
respon baik masyarakat yang tertarik dengan perkataan 'Harga Turun'.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang dilihat konsisten dengan kenyataan
menurunkan harga sesuatu barang bagaimanapun masih belum berupaya
menunaikan hasratnya itu berikutan gagal merampas pemerintahan kerajaan
persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).
Pada sambutan Tahun Baru Cina 2012 lalu, Anwar dalam jelajah politiknya
sudah mula bertegas untuk menurunkan harga minyak petrol sekiranya
berjaya menjadi ketua pemerintah pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13).
Bahkan janji-janji seperti menurunkan harga barangan keperluan termasuk
memberi pembiayaan pendidikan percuma menjadi bahan utama dalam kempen
Anwar meraih undi. " (Link Video )
Kempen Anwar bukan sahaja menjurus kepada sasaran PRU13 malah ia
digerakkan sejak sekian lama, sebaik dibebaskan daripada penjara Sungai
Buluh sekitar penghujung 2004 setelah hampir enam tahun menjalani
hukuman atas kesalahan luar tabii, liwat.
Dalam kempen pertama Anwar bagi PRK Kajang ini bermula dengan berita
hangat siaran media bertajuk 'JAIS dan MAIS yang Pertama Halang Kempen
Anwar' sebagaimana keluaran lidah rasmi media online pro pembangkang.
Lebih menarik, tulisan berkenaan ditertawakan kebanyakan blog pro
kerajaan apabila ia seolah-olah membenarkan agenda politik dibawa masuk
ke dalam rumah ibadah seperti masjid. Malah pengurusan kempen Anwar yang
dilihat mempersoalkan status 'tauliah' sebelum layak memberi tazkirah
mendapat kecaman blog pro kerajaan.
Anwar dan PKR sudah mula menggerakkan kempen PRK Kajang bahkan
mengadakan sidang media untuk menamakan Ketua Pembangkang sebagai calon
menjadi tanda tanya kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak membuat
sebarang kenyataan rasmi mengenainya lagi.
Namun, persoalan itu mula terjawab apabila Anwar dengan jujur mengakui
bahawa PRK Kajang ini merupakan agenda terancang serta mengatakan dunia
politik memerlukan sedikit kejutan.
Rata-rata penganalisis politik mempunyai pandangan yang berbeza apabila
negara dikejutkan dengan perletakan jawatan seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh (PKR) hujung Januari lalu. Kekosongan
kerusi terbabit seterusnya meletakkan Anwar Ibrahim selaku calon
sebagaimana yang diumum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain berjaya menutup beberapa isu termasuk konflik dalaman parti PKR,
ia juga menjadi lembaran baru buat karier politik Anwar Ibrahim sebagai
tapak untuk menawan Putrajaya sekiranya diberi mandat penduduk Kajang
sebagai undi permulaan.
Pengundi di DUN Kajang mungkin mampu mengukir senyuman apabila dapat
menikmati penurunan harga satay sebagaimana janji Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan
Orang Ramai Sungai Sekamat pada 29 Januari lalu yang mengatakan ia mampu
direalisasikan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan
di Dun Kajang.
Rekod pada PRU13 lalu menunjukkan bangsa Melayu menguasai senarai daftar
pengundi iaitu seramai 49% dalam pecahan kaum. Pengundi Cina pula
seramai 40%, India 10% dan lain-lain 0.91%. SPR dijangka akan mengadakan
sidang media berkaitan PRK Kajang pada 5 Febuari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan