HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2014

Pakatan perlu beri penerangan...



Oleh SELENA TAY


AHLI-AHLI serta para penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat harus bertungkus-lumus untuk memberi penerangan kepada rakyat biasa perihal isu kenaikan harga barang.

Ini adalah kerana ada setengah pihak yang telah memberitahu rakyat bahawa kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh mekanisme harga di dunia dan ini akan menunjukkan bahawa ia adalah satu perkara di luar kawalan.

Justeru, ini akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa sesiapa pun tidak boleh dipertanggungjawabkan mengenai kenaikan harga barang.

"Namun demikian, walaupun mekanisme harga di dunia adalah penyebab kenaikan harga barang, kerajaan kita patut prihatin dalam hal ini dan jangan lagi memburukkan keadaan dengan langkah pengurangan subsidi," kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.

Boleh dikatakan bahawa kenaikan harga barang telah menjadi lebih teruk lagi setelah harga minyak RON95 dan tarif elektrik dinaikkan.

Oleh itu, untuk membendung gejala kenaikan harga barang, kerajaan harus prihatin dengan serta-merta menurunkan harga minyak RON95 tetapi sehingga kini kerajaan masih diam membisu mengenai harga RON95 itu.

Kerajaan jangan lupa bahawa dalam masa setahun lagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) akan dilaksanakan (iaitu pada 1 April tahun depan) dan ini akan menambahkan lagi beban rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Tiada ulasan: