HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2014

Demo 'Kewartawanan bukan Jenayah' esok

MALAYSIAKINI


 
 
 
Kakitangan Al Jazeera, pengamal media dan aktivis akan berhimpun di Kuala Lumpur esok bagi menyatakan setiakawan dengan wartawan jaringan berita antarabangsa itu yang sedang ditahan di Mesir.

Ia akan diadakan di G-Towers, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari ibu pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur, kata penolong penerbit Al Jazeera di Malaysia  K Parkaran.

Dalam himpunan itu, katanya, mereka juga akan memakai kemeja-T Al Jazeera sebagai simbolik sokongan.

Perhimpunan pada jam 1 petang di Kuala Lumpur esok sebahagian daripada bantahan di seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada kerajaan Mesir.

Ia bertemakan “Kewartawanan Bukan Jenayah” dan turut diketengahkan di laman sosial melalui hashtag #FreeAJStaff.

Tiga wartawan media yang berpangkalan di Qatar itu ditahan di Mesir atas dakwaan menyiarkan “laporan palsu”.

Mereka juga dituduh mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin, bekas parti pemerintah yang kini digelar “organisasi pengganas” selepas rampasan kuasa tentera tahun lepas.

Tiada ulasan: