KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Memorandum bantahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dari dilantik menjadi Tuan Yang Terutama negeri akan diserahkan ke majlis mesyuarat Raja-raja.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, dua memorandum telah dihantar ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan juga kepada Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara.
“Kita lihat bahawa peluang untuk Majlis Raja-Raja mengambil kira pandangan rakyat tentang pelantikan Tan Sri Taib Mahmud menjadi TYT Sarawak.
“Kita tahu perlantikan (TYT) oleh kerajaan negeri. Tetapi di peringkat kita (rakyat) penyerahan memorandum kepada Majlis Raja-raja memohon peka dengan suara rakyat membantah Taib Mahmud (dilantik TYT) kerana sekarang ini masih dalam siasatan SPRM.
“Dia banyak terlibat dalam aktiviti dan salah guna kuasa. SPRM mengakui Taib Mahmud dalam siasatan.
“Kami tidak mahu Tuan Yang Terutama Sarawak yang baru dilihat tercalar dengan skandal salah laku kuasa,” kata Nazib kepada Keadilandaily.
Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-234 kini sedang berlangsung di Istana Negara dari 24 hingga 27 Februari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan