HALAMAN SANTAI
Isnin, 24 Februari 2014
K'jaan tak tahu menahu FB pro-Pakatan disekat
MALAYSIAKINI
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini berkata, beliau tidak tahu menahu berhubung sekatan terhadap Facebook pro-Pakatan Rakyat.
Jailani berkata, kementeriannya bersikap neutral dan akan membantu penapisan Internet jika terhadap aduan orang ramai.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu sama ada Facebook pro-Pakatan berbahasa Cina ”We Fully Support Pakatan (DAP)” disekat.
Laman yang memikat lebih setengah juta peminat itu tidak dapat diakses dari Malaysia sejak kelmarin.
Semalam, percubaan untuk melayari laman sosial terlibat mendapati, pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan