HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2014

Aktivis PKR berhadapan 16 laporan polis sebab edar Selangor Kini

Oleh : NAZLI IBRAHIM


KAJANG : Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Seremban, Hairul Anuar Hashim, 44, berhadapan 16 laporan polis selepas beliau dan beberapa aktivis parti itu mengedar akhbar Selangor Kini di sekitar kawasan Ampangan dan Sikamat, Negeri Sembilan.

Menceritakan kembali pengalaman beliau, Hairul berkata aktiviti mengedarkan akhbar Selangor Kini selama hampir tiga tahun sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu kepada penduduk kawasan berkenaan menyebabkan beberapa pemimpin Umno berasa kurang senang dan seterusnya membuat laporan polis dalam tempoh terbabit.

selangorkini (1)“Niat saya ikhlas, Selangor Kini dan risalah lain diedarkan bertujuan memberi maklumat kepada penduduk Negeri Sembilan tentang faedah yang dinikmati rakyat Selangor seperti pemberian air percuma, khairat kematian kepada warga emas sebanyak RM2,500 dan lain-lain tetapi menyebabkan mereka rasa tergugat dan membuat laporan polis.

“Kalau di Negeri Sembilan, rakyat tidak diberikan maklumat yang tepat untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR). Jadi rakyat berhak tahu perkara sebenar,” ketika Hairul ketika ditemui Selangor Kini dalam Majlis Perasmian Jentera Daerah Mengundi (JDM) Taman Saujana Impian di sini malam tadi.

Hairul yang bertugas sebagai petugas JDM Taman Saujana Impian menambah beliau mengetahui salah satu laporan ke atas dirinya itu dibuat Ketua Cawangan Umno Taman Sakura, Seremban melalui pegawai polis yang menjalankan siasatan terhadap laporan terbabit.

Kajang-20140222-00259“Saya tidak pernah diarahkan hadir di mana-mana Ibu Pejabat Daerah (IPD) atau Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis tetapi pegawai polis cuma hubungi saya dan memberitahu dia menelefon saya bukan kerana apa, tetapi untuk memenuhi prosedur siasatan.

“Dia juga mengakui, penerangan ilmu pengetahuan berkaitan hukum Islam seperti dalam bab Kazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim contohnya, pegawai itu sendiri mengaku ia memberi pengetahuan kepada umat Islam apa itu Kazaf dan mengapa perlu buat laporan polis,” kata beliau lagi.

Kata Hairul, walaupun penyebaran Selangor Kini di Negeri Sembilan mampu membuka mata sesetengah golongan masyarakat di negeri itu tetapi malangnya apabila edaran akhbar rasmi milik Kerajaan Negeri Selangor itu terpaksa dihentikan apabila edaran ke luar Selangor dihentikan.

Hairul menambah sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas beliau disebabkan tindakan beliau mengedar Selangor Kini dan risalah lain kerana tiada unsur-unsur menyalahi undang-undang negara dan hukum agama.  EZY

Tiada ulasan: