MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas
dimonopoli golongan ulama yang tidak boleh ditegur, malah gemar mengecap
orang yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
Beliau sendiri, kata bekas perdana menteri, diberi gelaran buruk selepas mengulas kontroversi sekitar dakwaan antihadis terhadap sarjana Kassim Ahmad (kanan).
“Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
"Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap-anti hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang diberi gelaran sama," kata beliau.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir turut mengulas idea-idea Kassim berhubung pendekatan mengutamakan al-Quran.
"Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian?
“Salahkah jika kita pilih al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingan perempuan yang dituduh berzina," tulis beliau.
Yakin keadilan Allah
Bagaimanapun beliau mengakhiri penulisan tersebut dengan keyakinan terhadap keadilan Allah.
"Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir," katanya.
"Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah SWT. Saya akan diadili oleh Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak.
“Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah SWTtetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya."
Dalam seminar pemikirannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya 16 Ferbuari lalu, Kassim menyamakan sistem ulama dengan 'kasta paderi' serta mengkritik pendewaan terhadap Nabi Muhammad melalui syahadah kedua.
Mahathir terlibat sebagai perasmi dalam majlis dua hari itu.
Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim, Mahathir tampil mempertahankan dan berkata sarjana itu disalah erti dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah.
Bahaya monopoli ulama
Sementara itu Mahathir juga menyatakan bahaya apabila agama dimonopoli golongan ulama yang tidak boleh ditegur dan disoal periksa.
"Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
"Perpecahan umat Islam kepada pelbagai mazhab adalah disebabkan orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh.
“Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan al-Quran tidak menyuruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita," tulisnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan