HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Februari 2014

Pembalakan haram punca banjir kritikal di Sabah

Lyn Nasir


banjir_sabah



KOTA KINABALU  : Pembalakan haram di Sabah antara punca berlakunya banjir kritikal di Sabah melibatkan kawasan pedalaman seperti Tenom, Keningau dan Beaufort, kata ahli parlimen Penampang, Ignatius Darell Leiking.

“Antara punca berlaku banjir kritikal adalah kerana aktiviti pembalakan yang meluas.

“Bila pembalakan berlaku, ia akan menyebabkan hakisan tanah dan kemudian banjir berlaku.

“Ini yang terjadi di Sabah sekarang, tapi kerajaan cuba nafikan adanya pembalakan secara haram di Sabah,” kata Darrel yang Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN.

Darrel_Leiking20 Februari lalu, Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan menolak pendedahan bahaawa banjir yang berlaku di Tenom disebabkan pembalakan haram.

Justeru kata Darrel, keadaan itu membuktikan kerajaan tidak perihatin dengan keadaan di Sabah dan sehingga kini kerajaan masih menafikan perkara sebenar daripada rakyat.

“Sepatutnya Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri turun ke sini untuk buat ihat sendiri kawasan banjir di Sabah.

“Tapi saya lihat sumbangan yang diberi tu tak seperti yang mereka berikan di Kuantan.

“Kita kena ingat yang ketiga-tiga kawasan ini lebih luas daripada Kuantan dan Perlis. Sepatutnya PM atau TPM turun sendiri ke sini.

“Kita mendesak kerajaan mencari jalan bagaimana cara untuk mengurangkan kemungkinan banjir.

banjir_sabah“Kerajaan perlu beri perhatian lebih kepada mangsa banjir sebab mangsa ni kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar.

“Walaupun kawasan yang terlibat ni kawasan diwakili pembangkang, tapi kerajaan perlu perihatin dan jangan pentingkan soal kawasan itu dibawah (perwakilan) siapa,” kata Darrel.

Dalam perkembangan lain, banjir di ketiga-tiga kawasan tersebut mulai surut dan pimpinan Pakatan Rakyat turut memberi sumbangan seperti tempat perlindungan, makanan, sejumlah wang dan lain-lain.

Tiada ulasan: