HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2014

Pakatan bercanggah dengan Buku Jingga tentang Kassim Ahmad, kata Nur Jazlan

OLEH EILEEN NG


Nur Jazlan berkata kejadian melibatkan Kassim baru-baru ini membuktikan kedua DAP dan PAS tidak bertindak seperti yang sepatutnya berdasarkan manifesto mereka dalam Buku Jingga. – Gambar fail.Nur Jazlan berkata kejadian melibatkan Kassim baru-baru ini membuktikan kedua DAP dan PAS tidak bertindak seperti yang sepatutnya berdasarkan manifesto mereka dalam Buku Jingga. – Gambar fail.


 Ahli Parlimen Umno membidas parti Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP berhubung sikap mereka atas kontroversi melibatkan intektual Melayu, Dr Kassim Ahmad.‎

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kejadian yang melibatkan Kassim membuktikan parti Islam PAS tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Islam seperti yang sepatutnya, bertentangan sama sekali dengan apa yang diwar-warkan selama ini.‎

Sikap berdiam diri DAP mengenai perkara ini sejak isu itu tercetus pada Ahad lepas menunjukkan parti sekular itu tidak berjuang untuk kebebasan agama, walaupun ia termaktub dalam manisfeto Buku Jingga PR, katanya.

Buku Jingga mengandungi segala janji manifesto yang mengatakan bahawa gabungan itu akan melaksanakan semuanya dalam masa 100 hari apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan.

"Soalan saya kepada mereka: adakah mereka mempunyai pendirian yang sama mengenai isu-isu agama? Mereka seolah-olah lari daripada prinsip yang dipegang selama ini demi kepentingan politik," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider.‎

Sebagai contoh, ironinya kata Nur Jazlan, DAP menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan isu kalimah "Allah" tetapi berdiam mengenai perkara ini.‎ "Mereka berdiam kerana ia isu Melayu dan bukannya nasional.

"Ini menunjukkan mereka tidak berjuang untuk orang Melayu atau berbilang kaum seperti didakwa. Mereka masih memperjuangkan hak kaum Cina dan bersama-sama bersikap perkauman untuk meraih undi," katanya.‎

Bagi PAS pula, Nur Jazlan berkata, parti itu seharusnya menunjukkan kemarahan dengan lebih tegas terhadap perbuatan orang luar yang datang ke negara ini berbanding terhadap Kassim.

"Semua prinsip PAS adalah berjuang mempertahankan Islam, tetapi ia seolah-olah tidak konsisten apabila ia melibatkan kepentingan Pakatan," katanya.

Sementara itu, Kassim kini di bawah siasatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan kontroversinya. – Gambar fail. 

Sementara itu, Kassim kini di bawah siasatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan kontroversinya. – Gambar fail.Kassim kini sedang disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung beberapa kenyataan kontroversinya di forum "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Ulasan", seminar anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, di mana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penaung.‎

Antara lain, Kassim menuduh beberapa ulama di Malaysia meniru sistem "kasta paderi”.

Beliau mencetuskan kemarahan umat Islam  apabila mempersoalkan penggunaan hadis untuk mentafsir Al-Quran, dan menyifatkan Nabi sebagai "hanya seorang pesuruh Allah".

Dalam ceramah beliau bertajuk "Hala Tuju Negara dalam Tempoh 30 Tahun”, Kassim turut mempersoalkan pemakaian tudung wanita Islam dengan mengatakan "rambut bukan sebahagian daripada aurat".

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, mereka menyoal Kassim mengenai pandangan kontroversi beliau.‎

Dalam teks khutbah Jumaat terbarunya, Jakim mengingatkan kewajipan umat Islam mempercayai, menerima dan taat kepada hadis, bahawa kata-kata Nabi adalah wahyu Tuhan dan menjadi sumber undang-undang Islam.‎

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Kassim sebagai "ulama Umno" berkata, Kassim tidak pernah menghadapi tindakan pihak berkuasa agama walaupun dengan pendirian "anti-hadis" beliau, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dia harus dipanggil pihak berkuasa agama untuk memperbetulkan pemahaman yang salah melalui perbincangan

Tiada ulasan: