HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2014

Ahmad jelas Kerajaan Kelantan terus tuntut royalti di mahkamah

MSO


Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub menjelaskan kerajaan Kelantan masih meneruskan tindakan mahkamah untuk membolehkan kerajaan Kelantan mendapat hak ke atas royalti petroleum. Menurutnya tidak timbul yang kerajaan Kelantan seakan mahu menghentikan tindakan mahkamah bagi mendapat hasil bumi Kelantan itu.

Penjelasan ini menutup tanggapan beberapa pihak tertentu yang kononnya kerajaan Kelantan selepas bertukar kepimpinan tidak mahu meneruskan tuntutan royalti yang mula digagaskan oleh bekas Exco Husam Musa itu. Anggapan itu berkembang apabila Ahmad telah berjumpa dengan Najib Razak bersama dua Exco tidak lama daulu.

Jelas Ahmad semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak tidak lama dulu, beliau menyerah sendiri surat kepada Najib agar proses pemberian royalti itu dipercepatkan dan menjelaskan royalti itu adalah hak rakyat.

Dalam usaha meneruskan tuntutan royalti itu, kata Ahmad peguam bagi pihak kerajaan sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Petronas yang mengandungi lebih 1,000 muka surat. (Banyak ter).

Manakala perbicaraan akan bermula sebaik sahaja ia ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan, tidak timbul yang kerajaan negeri ingin menarik tutnutan.

Tanggapan kerajaan kelihatan kurang berminat dengan tuntutan royalti ini ekoran, ekoran kelesuan NGO "R" yang digerakkan khas untuk mendesak kerajaan Persekutuan agar memberi royali kepada keranaan Kelantan. "R" yang satu masa dahulu menjadi NGO hypo aktif juga dikatakan sudah berpecah?

Perpecahan berlaku apabila NGO "R" itu mengadakan kunjungan hormat ke atas MB dan TMB dan mengadakan perbincangan. Beberapa orang daripada anggotanya kurang bersetuju dengan perjumpaan tertutup itu dan pencapaian yang dibuat.  Di sinilah dikatakan bermula kitatidak sehaluan atau pertikaian di kalangan aktivis R.
Dengan penjelasan Ahmad itu jelas bahawa kerajaan Kelantan masih meneruskan tindakan mahkamah dan tuntutan royali menjadi agenda kerajaan Kelantan. Rakyat Kelantan yang mengharapkan hak mereka itu untuk melihat terlaksana beberapa projek pembangunan masih belum tamat.

Dalam pada itu sikap responsif sebeginilah yang diharapkan daripada MB berkenaan dimana setiap kali ada sunggutan dan pertikaian dalam apa-apa isu perlu segera menjelaskan bagi meredahkaan keadaan.

Kita yakin kalau amalan ini diteruskan kepimpinan Ahmad yang dilihat lemah atau pun bersikap acuh tidak acuh tidak menjadi sunggutan umum. Hendaknya beliau akan mengambil sikap pro aktif bukan saja mengenai isu-isu semasa tetapi juga turut sama memainkan peranaan beliau sebagai orang yang berkedudukan paling tinggi dalam Dewan Ulamak Pas Malaysia.

Misalnya isu berhubungan pemikiran Kassim Ahmad yang dilihat kontras dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah yang menjadi pertikaikan sehari dua ini seharusnya turut mendapat komen dan penjelasan sama dari beliau. Isu seperti itu tidak boleh dibiarkan atas alasan ianya isu umum dan boleh dijawab oleh ustaz dan ulamak lain.

Pas sebagai satu-satu parti yang memiliki dewan ulamak yang merupakan dewan yang menjadi panduan dan perhatian harus sama aktif. Setiap isu seperti itu meletus Dewan Ulamak atau Ahmad sendiri hendaklah bersuara.

Tiada ulasan: