HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2014

Presiden PAS turun padang ke Beting Maro


Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyapa mesra beberapa penduduk yang hadir pada program 'Santai Kopi Kaw' di Kampung Pusa, Beting Maro.

 WAN NORDIN WAN YAACOB | Foto WAN ZAHARI WAN MOHD SALLEH


SRI AMAN, Sarawak: Lawatan kerja Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro semalam disambut mesra para penduduk tempatan.

Sebaik tiba di jeti Kg Pusa pada jam 2 petang, lebih 50 petugas yang menantikan kehadiran beliau melaungkan takbir.

Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Naib Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo ; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat.

Rombongan singgah di Markas PAS Pusa untuk program taklimat isu semasa sebelum menziarahi rumah-rumah penduduk Kg Pusa Tengah.

Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS kemudian berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.

Presiden PAS mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk disamping diberi penerangan ringkas berhubung isu tanah rakyat Sarawak khasnya penghuni di Kampung Pusa.

Selepas solat magrib berjemaah di rumah salah seorang aktivis PAS Kg Pusa, Tuan Guru Abdul Hadi bergegas ke lokasi ceramah umum Himpunan Tanah Rakyat Sarawak di Kampung Pusa Tengah.

Sebelum ceramah umum berlangsung, para penduduk dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zuar.

Tiada ulasan: