MALAYSIAKINI
Kumpulan hak asasi wanita All Women’s Action Soceity (AWAM) membidas
hukuman penjara enam bulan yang dikenakan ke atas Vivian Lee.
Lee dijatuhkan hukuman penjara enam bulan berhubung ucapan Ramadan
menampilkan gambar bak kut teh atau hidangan daging babi yang disiarkan
di Facebook.
AWAM berkata walaupun posting itu adalah jelek, ia tidak sepatutnya mengundang hukuman yang dijatuhkan itu.
Menurut NGO itu, mahkamah tidak mengambil kira impak atau kesan “hubungan etnik yang semakin tegang” di negara ini.
"Salah guna etnik dan agama yang berterusan sebagai modal politik
oleh mereka yang berkuasa menyebabkan hubungan antara kaum dan agama
yang berbeza di Malaysia menjadi tegang.
"Sikap membisu oleh kumpulan agama tertentu tidak mengundang
pemahaman, tetapi sebaliknya menyebabkan lebih banyak perpecahan dan
kami beranggapan bahawa keputusan mahkamah itu memburukkan lagi
keadaan," kata AWAM.
Ia juga berkata, bukan Lee yang memuat-naikkan posting itu, walaupun gambarnya dipaparkan.
Wanita itu terpaksa menanggung segalanya, sedangkan bekas teman lelakinya, Alvin Tan (kiri) yang menaikkan posting itu telah melarikan diri dan masih bebas, kata AWAM.
Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat ketika diikat jamin, dan dilaporkan sedang mendapatkan suaka politik di sana.
Lee mempunyai semasa perbicaraan memberi keterangan bahawa posting itu dibuat secara berseloroh.
Namun, bagi pengkritik, tindakan mereka adalah satu penghinaan kepada Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan