HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mei 2016

Dr Najihatussalehah calon Pas di Kuala Kangsar

PRK Kuala Kangsar


BUKIT CHANDAN – Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad diumum sebagai calon Pas bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengumuman itu dibuat sendiri Timbalan Presiden Pas, Tuan Datuk Ibrahim Tuan Man dihadapan ahli Pas dan masyarakat yang hadir di Markas Pas Kuala Kangsar, sebentar tadi.

Najihatussalehah yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 pernah bertanding pada PRU13 di kerusi Dun Blanja tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dari BN dengan majoriti 2,963 undi.

Mempunyai sebuah klinik sendiri di Bota, Perak, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat dan Ketua Muslimat Pas Kawasan Parit.

Berdasarkan rekod, Najihatussalehah pernah bertanding di kerusi Parlimen Parit pada PRU12 tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dengan undi 2,873.

Hadir sama pada majlis pengumuman calon berkenaan, Naib Presiden Pas yang juga Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Tiada ulasan: