HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mei 2016

Mara tubuh hospital pengajaran pertama di Perak

FREE MALAYSIA TODAY


Kerajaan negeri Perak telah mengemukakan cadangan untuk membina hospital itu berdekatan Tronoh, namun pihak universiti masih meneliti perkara itu.


annuar-musa


KUALA KANGSAR: Mara akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak bagi menubuhkan sebuah hospital pengajaran pertama di bawah Kolej Perubatan Diraja Perak Universiti Kuala Lumpur Pusat (UniKL-RCMP) di negeri berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan negeri Perak telah mengemukakan cadangan untuk membina hospital itu berdekatan Tronoh, namun pihak universiti masih meneliti perkara itu.

“Perkara ini akan diteliti kerana lokasinya sedikit jauh dari pusat bandar…hospital pengajaran ini juga akan dijadikan sebagai hospital swasta,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kuala Kangsar semalam.

Menurutnya, Mara akan memastikan hospital itu dilengkapi 200 katil bagi membolehkan penempatan pelajar klinikal Fakulti Perubatan universiti berkenaan.

Beliau berharap pembinaan hospital itu dapat disegerakan dan diletakkan dalam projek keutamaan walaupun belum mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Mara terus menaja pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di dalam dan luar negara.

“Keutamaan diberikan kepada mereka yang mengikuti pengkhususan dalam bidang perubatan selari dengan peranan Mara untuk melahirkan modal insan menerusi perkhidmatan perubatan,” katanya.

Mara juga bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Managament and Science University (MSU) untuk membolehkan pelajarnya mengambil program berkembar di universiti berkenaan.– BERNAMA

Tiada ulasan: