HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mei 2016

Polis cari lelaki bantu selesai kes hina institusi diraja Johor

FREE MALAYSIA TODAY


Lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey dengan alamat terakhir di Tumpat, Kelantan.



polis


JOHOR BAHRU: Polis Johor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.

“Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan.

“Polis ingin mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu boleh menghubungi ASP Lim Kok Khim di talian 012-7737590 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2254656 atau mana-mana balai polis berdekatan.
— BERNAMA

Tiada ulasan: