Merakamkan gambar itu sendiri adalah dilarang di sisi agama.
PETALING JAYA: Haram berselfie dengan kucing!
Itu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama dari Arab Saudi, Sheikh Saleh Abdullah al-Fawzan, berdasarkan kaedah ulama fahaman Wahabi yang paling meluas digunakan di negara-negara Asia Barat.
Beliau berkata demikian dalam satu program televisyen tempatan ketika menjawab soalan secara langsung berkenaan budaya masyarakat Islam pada masa kini yang suka mengambil gambar dengan haiwan peliharaan khususnya kucing.
“Ia bukan hanya mengenai kucing. Merakamkan gambar itu sendiri adalah dilarang di sisi agama jika bukan keperluan mustahak. Bukan sahaja kucing, malah anjing, serigala, haiwan apa-apa sahaja,” ujar Saleh.
Beliau berkata trend itu sebagai percubaan untuk “menjadi seperti orang Barat.”
Arab Saudi menerusi Mufti Besarnya, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh sebelum ini pernah mengharamkan beberapa perkara yang disifatkan sama ada berciri barat atau mengikut fahaman agama lain.
Antaranya ialah permainan catur yang dikatakan membuang masa dan wang serta menimbulkan kebencian dan permusuhan antara pemain di samping bersifat perjudian.
Selain itu, permainan seperti Pokemon juga dilarang kerana mempromosikan agama Kristian atau Yahudi kerana memaparkan tanda salib atau “the star of david” pada kad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan