HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mei 2016

'K'jaan masih dalam proses tentukan pelarian benar-benar Rohingya' .

MALAYSIAKINI


Kerajaan masih dalam proses menentukan status pelarian yang ditahan selama hampir satu tahun di Pusat Tahanan Belantik di Sik, Kedah.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Amnesty International mengenai keadaan pelarian di kalangan mereka yang diselamatkan tahun lepas.

"Kita masih memeriksa sama ada mereka benar-benar Rohingya atau Bangladesh kerana tidak ada dokumen yang dikeluarkan kepada mereka sama ada oleh kerajaan Bangladesh atau kerajaan Myanmar," katanya dalam sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Zahid sebelum ini menyambut ketibaan 68 pelarian Syria daripada 18 keluarga yang akan ditempatkan sementara di Malaysia.

Zahid berkata, kerajaan juga akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berhubung perkara itu dan melihat sama ada mereka boleh diberi  kad UNHCR.

Pusat Belantik adalah penempatan sementara untuk 1,158 warga Bangladesh dan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan dan terkandas berhampiran Langkawi tahun lepas.

Malaysia telah menandatangani perjanjian tiga pihak dengan Thailand dan Indonesia berikutan apa yang digelar sebagai krisis kemanusiaan.

Tiada ulasan: