SHAH ALAM: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya boleh
menerima maklumat yang sahih dan benar dalam laporannya, kata
pengerusinya Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataan akhbar.
Kenyataan itu dibuat susuan laporan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru
ini yang mendakwa Good Star Limited dimiliki Low Taek Jho dengan
mengaitkan surat Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jawatankuasa itu.
“Selaku pengerusi PAC saya ingin menafikan pemilik Good Star Limited
adalah Low Taek Jho seperti yang dinyatakan WSJ dengan mengaitkan surat
BNM terhadap jawatankuasa ini,” katanya.
Selain itu, Hasan berkata BNM sendiri menyatakan maklumat yang diberikan bertaraf risikan.
Katanya, PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar.
“Disebabkan maklumat yang diterima PAC adalah bertaraf risikan, PAC
tidak boleh memasukkan maklumat itu kerana ia bercanggah dengan tugas
dan tanggungjawab dan boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai
pihak,” katanya.
Beliau berkata, BNM juga menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah
selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara
pentadbiran.
“PAC juga sudah membentangkan laporan ke Parlimen. Oleh itu perkara ini selesai dan tidak perlu dipolitikkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan