HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mei 2016

BN melawak letak calon untuk raih simpati – Hamidah Osman

 
Pencalonan Mastura hanya untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN.


hamidah-osman


PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.

“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.

“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.

Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.

“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.

Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.

“Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang.

“Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka.

“Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang),” katanya.

Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

Tiada ulasan: