HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mei 2016

Nasib 15 peserta protes bantah pelaksanaan PRU13 ditentukan hari ini

 ARIF ATAN
 
 



Mahkamah Sesyen Jenayah hari ini bakal membuat keputusan ke atas 15 aktivis yang menyertai protes membantah pelaksanaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Salah seorang mereka terbabit, anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin berkata, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda boleh dikenakan mengikuti ketetapan mahkamah.

Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, mereka dituduh mengikut Seksyen 145 iaitu menyertai perhimpunan haram dan merusuh di bawah Seksyen 147.

Ujarnya dalam satu kenyataan, mereka adalah sebahagian daripada 33 peserta yang ditahan dalam demonstrasi terbabit tetapi 18 aktivis lain kemudiannya dibebaskan.

"Orang ramai dialu-alukan hadir memberi sokongan. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata," tambahnya lagi.

Perbicaraan pagi ini berlangsung di tingkat 4, Mahkamah Sesyen Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula jam 10 pagi.

Tiada ulasan: