HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mei 2016

Syed Zainal: Saya jumpa Nik Aziz sembunyi-sembunyi

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mendedahkan bahawa beliau terpaksa berjumpa dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara diam ketika memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut.

Menurut Syed Zainal, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menggelakkan persepsi masyarakat memandangkan pihaknya masih memegang jawatan di dalam Proton pada waktu itu.

“Saya kena jumpa sembunyi-sembunyi sebab takut ramai orang melihat. Ada pada satu ketika dulu terdapat pihak yang kata saya ni orang Pas sebab selalu berinteraksi walhal saya hanya ingin belajar.

“Sebenarnya dia adalah rakan kepada atuk saya tapi ramai orang yang tak tahu,” katanya ketika Program Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Dalam pada itu, Syed Zainal memaklumkan bahawa beliau amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Allahyarham dalam mentadbir negeri Kelantan.

Syed Zainal berkata, walaupun Allahyarham mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan Islam, namun beliau dapat memimpin sebuah negeri yang mempunyai pelbagai dinamisme.

“Saya berguru dengan dia (Allahyarham) secara interaksi. Dulu bila saya balik Kota Bharu, saya sentiasa berharap dapat berinteraksi dengan beliau namun selepas pemergiannya, perasaan exciment tu dah tak ada.

“Pemergiannya memang memberi impak yang sangat besar,” katanya.

Syed Zainal berkata, beliau mengagumi Allahyarham berikutan mampu mentadbir Kelantan selama 23 tahun walaupun tidak mempunyai latar belakang bidang pengurusan.

“Allahyarham pernah pesan, kalau kita tak ada kepakaran, kita kena cari dan jangan rasa diri kita ni pandai semua,” katanya.


Tiada ulasan: