HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mei 2016

Akta 355: Siapa yang kena 'kencing'? RAZIATUL HANUM A.RAJAK 28 Mei 2016 Idris Ahmad Idris Ahmad SHAH ALAM - "Ada seorang pemimpin Amanah (Parti Amanah Negara) kata Pas kena 'kencing' dengan Umno dalam Akta 355?‎," demikian ujar Naib Presiden Pas, Idris Ahmad melalui kemas kini status di Facebooknya. Beliau mendakwa, terdapat pemimpin Amanah menuduh Pas ditipu Umno ekoran kejayaan parti itu membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 di Dewan Rakyat, Khamis lalu. "Kita hendak tanya dia pula. Parti dia yang tidak mahu bawa perkara ini, siapa pula 'kencing' dia? Kasihan ya," katanya. Sebelum ini, Idris turut mendakwa terdapat seorang ahli Parlimen yang menulis melalui laman sosial Facebook mengatakan RUU berkenaan tidak akan berjaya namun setelah dapat dibentangkan, pihak berkenaan dilihat mengemas kini status dengan mengatakan Umno dan Pas berpakat menggunakan agama. ‎[ARTIKEL BERKAITAN: Idris Ahmad: Perjuangan Pas tidak bermusim] Selain itu, DAP lantang mempertikaikan kerajaan yang membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat. [ARTIKEL BERKAITAN:‎ DAP gesa parti komponen BN perlu nyata pendirian] Dalam pada itu, Idris berkata, meskipun parti Islam itu lemah namun pihaknya cuba sedaya mungkin untuk melaksanakan amanah yang diberi. "Kami lemah tapi kami buat sekadar kemampuan dan amanah yang diberi kepada kami. "Penghinaan kamu tidak melemahkan semangat kami," katanya. Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati. Abdul Hadi turut mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Idris Ahmad
Idris Ahmad


SHAH ALAM - "Ada seorang pemimpin Amanah (Parti Amanah Negara) kata Pas kena 'kencing' dengan Umno dalam Akta 355?‎," demikian ujar Naib Presiden Pas, Idris Ahmad melalui kemas kini status di Facebooknya.

Beliau mendakwa, terdapat pemimpin Amanah menuduh Pas ditipu Umno ekoran kejayaan parti itu membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

"Kita hendak tanya dia pula. Parti dia yang tidak mahu bawa perkara ini, siapa pula 'kencing' dia? Kasihan ya," katanya.

Sebelum ini, Idris turut mendakwa terdapat seorang ahli Parlimen yang menulis melalui laman sosial Facebook mengatakan RUU berkenaan tidak akan berjaya namun setelah dapat dibentangkan, pihak berkenaan dilihat mengemas kini status dengan mengatakan Umno dan Pas berpakat menggunakan agama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Idris Ahmad: Perjuangan Pas tidak bermusim]

Selain itu, DAP lantang mempertikaikan kerajaan yang membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN:‎ DAP gesa parti komponen BN perlu nyata pendirian]

Dalam pada itu, Idris berkata, meskipun parti Islam itu lemah namun pihaknya cuba sedaya mungkin untuk melaksanakan amanah yang diberi.

"Kami lemah tapi kami buat sekadar kemampuan dan amanah yang diberi kepada kami.

"Penghinaan kamu tidak melemahkan  semangat kami," katanya.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Abdul Hadi turut mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.


Tiada ulasan: