HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mei 2016

Pusat sedia bantu Kelantan bangunkan sektor pelancongan

BERNAMA
 
 
Spot pelancongan menarik berselerak di KelantanSpot pelancongan menarik berselerak di KelantanKerajaan Pusat melalui program Strategi Lautan Biru Kebangsaan akan melaksanakan tanggungjawab memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan bagi memajukan sektor pelancongan negeri itu.

Untuk itu kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membangunkan produk pelancongan yang berpotensi menarik pelancong ke negeri itu.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Kelantan mempunyai banyak tempat yang berpotensi untuk dibangunkan dan dikomersialkan, namun tempat seperti itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Produk pelancongan itu perlu dibangunkan kerana ia akan merancakkan ekonomi masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat Bersama Pemimpin di Tasik Danau, Tok Uban di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi pelancongan di negeri itu yang sesuai untuk dibangunkan bagi dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Puteri UMNO Kelantan Kartini Nawi Tinie.



Tiada ulasan: