HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mei 2016

Komponen BN titikberat isu rakyat, bukan sekat hak Islam

 
 
"Ke mana mereka (komponen BN) ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tidak selesai?"


Tuan-Ibrahim_hudud_law_pas_600_1


KOTA BHARU: PAS membidas tindakan parti komponen BN yang mengugut untuk meletak jawatan gara-gara Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.

Sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengecam parti komponen supaya bertindak sedemikian apabila melibatkan isu rakyat bukannya isu undang-undang orang Islam.

“Komponen BN iaitu MCA, MIC ugut nak letak jawatan kalau diterima enakmen tersebut. Sepatutnya mereka ugut letak jawatan ketika negara berdepan isu krisis 1MDB. Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

“Ke mana mereka ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tak selesai, derma yang dipulangkan, bebanan rakyat GST termasuk isu melanda anak-anak muda kita yang tiada kerja?” soalnya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda Pas ke-57 di Kota Bharu hari ini.

Beliau sekali lagi menegaskan, tugas parti komponen itu adalah memberi perhatian kepada rakyat dan bukan menyekat hak orang Islam dalam mengamalkan ajaran dan agama mereka.

Sebelum ini beberapa pemimpin dari komponen BN mengugut meletak jawatan dalam kabinet sekiranya BN berkompromi dengan PAS dalam isu hudud.

Kerajaan minggu lalu mengusulkan supaya RUU yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercepatkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun mohon penangguhan ke sesi depan atas alasan kesuntukan masa untuk perbahasan.


Tiada ulasan: