Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi 'kempen tanpa calon'
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar susulan calonnya,
Datin Mastura Mohd Yazid, yang masih berada dalam tempoh edah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata strategi yang julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan, telah mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.
"UMNO mengadakan perbincangan dengan beberapa ulama, termasuk mereka yang menganggotai jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, selain turut berbincang dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bagi mendapatkan pandangan dan pendapat," katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo, Jepun bagi menjernihkan beberapa pendapat yang berbeza tentang kedudukan calon BN dari segi kedudukan edah dalam hukum Islam.
Beliau berkata beberapa kaedah telah dicari untuk memperkenalkan Mastura kepada pengundi termasuk merakamkan ucapannya yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi-lokasi sasaran, selain melalui komunikasi tanpa lisan.
"Yakinlah, kaedah ini telah kami (BN) fikirkan bagi menghormati hukum yang telah ditentukan dan diharap pengundi di Kuala Kangsar yang hampir 60 peratus beragama Islam memahami situasi itu," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata strategi kempen tanpa calon itu telah dijelaskan kepada pemimpin komponen parti BN yang bukan beragama Islam di Kuala Kangsar supaya mereka dapat menjelaskan isu berkenaan kepada para pengundi.
Beliau berkata Mastura akan berada di rumahnya sepanjang kempen diadakan kerana masih dalam tempoh edah.
Ditanya mengenai penerimaan Mastura oleh pengundi di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Zahid berkata calon BN itu mempunyai kelebihan tersendiri yang berpengalaman luas dalam bidang politik negara dan banyak bergaul dengan pengundi kawasan itu semasa suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dari 2004 hingga 2013, dan kemudian sebagai Anggota Parlimen Kuala Kangsar sejak 2013.
"Saya yakin beliau akan diterima baik berbanding calon lain yang tidak bergaul di kawasan undi..., dan tentunya beliau akan melakukan yang terbaik," katanya.
Menyentuh usul Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Kelantan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan mereka yang bukan beragama Islam.
Ahmad Zahid berkata sebelum rang undang-undang itu diluluskan dan dikuatkuasakan ia perlu melalui tujuh peringkat, termasuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Majlis Raja-raja.
"Kesemua proses tersebut akan memakan masa yang panjang. (Selain itu) ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan. Saya harap orang bukan Islam jangan terlalu khuatir tentang usul persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Anggota Parlimen Marang dan Presiden PAS)," katanya.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan