IPOH - Khatam al-Quran dalam masa lima minit? Mungkin sukar diterima
akal, namun itu realiti yang akan dilaksanakan di Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin, Putrajaya sempena program #MalaysiaNgaji @ Perpustakaan
14 Negeri, 29 Julai akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata, seramai 600 peserta akan dikumpulkan untuk membaca al-Quran pada tarikh itu.
Menurutnya, setiap peserta akan membaca sehelai muka surat al-Quran melibatkan orang ramai yang berkunjung ke masjid berkenaan untuk dikumpulkan bagi tujuan berkenaan.
“Program ini bakal kita dilaksanakan pada 24 Ramadan 1437H bersamaan 29 Julai 2016 mulai jam 12 tengah hari hingga 1 petang melibatkan kempen sejam bersama al-Quran seperti bacaan, terjemahan dan sebagainya.
“Peserta program ini boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Semua dijemput untuk menyertainya. Kita juga akan cuba dapatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, sekolah atau sesiapa untuk menjayakan program ini,” katanya sempena Soft Launch #MalaysiaNgaji @ Perpustakaan 14 Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk (Dr) Hussamuddin Yaacub.
Marhaini berkata, program sedemikian sememangnya menjadi acara tahunan dan penganjuran kali ini adalah penganjuran kali yang kedua.
Katanya, keistimewaan program kali ini adalah ia mendapat kerjasama perpustakaan awam dari seluruh negara.
“Kita mengharapkan orang ramai dapat menyertai program ini. Insya-ALLAH, program akan kita mulakan Tadabbur Quran.
“Kemudiannya peserta akan ada aktiviti membaca al-Quran, membaca terjemahan al-Quran, selain diskusi dengan memilih ayat-ayat tertentu untuk dibincangkan nanti,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan