HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mei 2016

Nik Aziz tukar akaun kerajaan kepada Bank Islam

Zaharuddin Abdul Rahman


SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Dr Zaharuddin Abdul Rahman menyifatkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang ulama dan profesional.

Menurut Zaharuddin, segala pendapat dikeluarkan Allahyarham sukar disanggah mana-mana pihak kerana beliau adalah seorang yang berpandangan jauh.

“Pentadbiran kerajaan negeri jadi lebih mudah dan saya kira pandangan politik beliau sering kali mendapat pandangan media massa,” katanya dalam wacana.

Dalam pada itu, menyentuh jasa Allahyarham, Zaharudin mengimbau tindakan Allahyarham yang mengambil keputusan menukarkan semua akaun kerajaan negeri ke Bank Islam.

Katanya, Allahyarham memberi sokongan kuat kepada Bank Islam dengan menukarkan semua akaun berkenaan.


Tiada ulasan: