HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mei 2016

Kes habuan wang, wanita bukan libat YB Selangor



Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah


SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar sebarang spekulasi berkaitan dakwaan kes rasuah di negeri ini dihentikan.

Menurutnya, melalui pendedahan awal, Naib Presidennya, Rafizi Ramli telah membuat penjelasan umum bahawa tuduhan yang diberi kepada beliau tidak melibatkan mana-mana wakil rakyat mahupun kakitangan Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya yakin sekiranya terdapat bukit yang kukuh berkenaan apa jua salah laku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Rafizi mengumumkan akan membuat laporan terhadap kes salah laku seperti yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Isnin ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah menyarankan pihak SPRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan profesional dan cekap, tanpa sebarang campur tangan politik.

Terdahulu, dalam WhatsApp yang dibocorkan wujudnya dakwaan berlaku salah laku rasuah dan habuan wanita dalam urusan dengan Kerajaan Selangor.


Tiada ulasan: