HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Julai 2017

Kesalahan jalan raya: JPJ perlu jadi ‘role model’

Berita Daily Staff

Jika JPJ sendiri tidak mengamalkan peraturan jalan raya dengan betul, bagaimana pelajar-pelajar ini hendak mempratikkannya?” soal S Kesavan

KUALA LUMPUR: Seorang Adun pembangkang hari ini menyatakan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab beberepa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak mengamalkan peraturan jalan raya.

“Jika JPJ sendiri tidak mengamalkan peraturan jalan raya dengan betul, bagaimana pelajar-pelajar ini hendak mempratikkannya?” soal S Kesavan, Adun Hutan Melintang.

Tambahnya, pegawai-pegawai JPJ dijadikan sebagai ‘role model’ kepada rakyat agar perbuatan yang menjadi kesalahan tidak ‘ditiru’ dan dijadikan amalan oleh pengguna-pengguna lain.

“Saya berharap JPJ dapat mempertingkatkan penguatkuasaan tanpa ‘memilih bulu’ dan pengguna jalan raya yang lain dijadikan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Kesavan turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah JPJ, Nadzri Siron susulan tindakan beliau mengenakan hukuman ke atas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ sendiri bersabit kesalahan memandu di lorong kecemasan.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas ketegasan pihak JPJ yang mendenda semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan tanpa sebarang pengecualian. Tindakan sedemikian sememangnya boleh dijadikan pengajaran dan kesedaran kepada pengguna biasa jalan raya yang lain agar sentiasa mematuhi peraturan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kesavan juga merakamkan perasaan kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang masih lagi menggunakan lorong kecemasan sehingga menggugat fungsi utama lorong tersebut.

“Bagi kesalahan bagi pesalah yang menggunakan lorong kecemasan boleh dihadapakan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.”

“Adakah penyalahgunaan lorong kecemasan wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi,” tegas beliau lagi.

Tiada ulasan: